...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Selasa, 20 September 2016

Senarai Novel - SOLD OUT -


Harga : Offer 50% dari harga sebenar

Jejaka Macam Dia - Daisy Zahra - Fajar Pakeer - Sold
Love Made In Venice - Nia Qurratunaini - Fajar Pakeer - Sold
Untuk Tiga Hari - Ahadiat Akashah - - Sold
Backup Cinta - Ieya Sya Sold
#Hurt - Rehan Makhtar - Penulisan2u - Sold
Cukup Derita Itu - Siti Rosmizah - SR - Sold
Pujaan Hati Kanda - Aulia Iman - Sold
Cinta Infiniti - Ain Kamalia - Sold
Nuh - Wawa Taufik - Sold
Playboy Itu Suami Aku - Suri Ryana - Kaki Novel- Sold
Jangan Jatuh Cinta - Adah Hamidah - Sold
Sedetik Asmara - Sarnia Yahya - Fajar Pakeer - Sold
Memilihmu Kerana Dia - Myra Ameer - Sold
Drive-Thru Mr. Satay - Aii Fariza - Sold
Bukan Sekadar Rindu - Azian Zahra - NHF Media- Sold
Semarak Cinta - Imaru - NSCR- Sold
Tanya Pada Hati - Iman Xara - JS - Sold
Bulan Berbisik - Samsiah Mohd Nor - Alaf21- Sold
Dapur Wawa - Ika Madera - JS - Sold



Love Made In Venice - Nia Qurratun Aini - Fajar Pakeer

Love Made In Venice - Nia Qurratun Aini - Fajar Pakeer - SOLD OUT -
Harga Sebenar : RM25 Offer 50% = RM12.50

Sinopsis :

Skateboard dan Nadhrah, ibarat lagu dan irama apabila gadis itu mengambil keputusan untuk hidup di bumi Venice. Dia bekerja di Bistro Karipap La Timah, milik Qash Alaisyah. Namun, hidup Keris Nadhrah Sari mula menggelabah dan berubah tatkala adik bosnya, Qadheer Alauddin, muncul di kota yang penuh dengan gondola itu.

“Encik, jangan harap kita ada ilmu tapi mulut masih melopong. Jangan harap nama sahaja Melayu, tapi kita jadi orang yang sombong. Orang Melayu tak sombong.”

Jejaka Macam Dia - Daisy Zahra - Fajar Pakeer

Jejaka Macam Dia - Daisy Zahra - Fajar Pakeer - SOLD OUT -
Harga Sebenar : RM26  Offer 50% = RM13

Sinopsis

Kerana satu peraduan cabutan bertuah yang didaftarkan atas nama Durrah, dia memenangi pakej percutian ke Langkawi. Gara-gara pakej itu, dia bertemu dengan Juliana. Gadis yang cuba berlagak gentleman dengannya. Mengambil berat, suapkannya makanan. Mulalah Durrah fikir yang bukan-bukan, tapi ops! Dia bukannya les...Isy! Takkanlah Ju macam tu?

Luth Zafir, pemilik Perkasa Sdn. Bhd. Kenapa gadis yang seorang itu degil untuk menjual tanah dan rumah yang ingin dibelinya? Farhan cakap mustahil. Baginya, mesti ada cara. Caranya...adalah! Bila dah menjadi, dia dituduh gay. Ini boleh mencabar kelelakiannya! Lebih daripada itu, Durrah turut terkena tempias.

Nama baik dan maruah gadis itu dijaja. Dia akui itu berpunca daripada kesilapannya. Ditambah dengan rasa yang bertamu, dia menyuarakan rasa hati kepada Durrah. Dia ajak Durrah kahwin dengannya!

Isnin, 19 September 2016

Pujaan Hati Kanda.. dari Novelis bestseller Aulia Iman. - SOLD OUT -

Tak rugi beli, novel baru sgt lagi 50% dari harga asal tambah kos pos hanya RM18 sahaja

msg/wassap 0103032760 #mynovelterpakai #novelmurah #auliaiman #pujaanhatikanda

Sinopsis :

Aku bukan lelaki mata keranjang.
Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.
Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri.

Cinta Infiniti - Ain Kamalia 50% dari harga sebenar + kos pos = RM17 sahaja. 
- SOLD OUT -

Buku baru lagi. Kalau beli dgn buku lain kos pos boleh dikurangkan lagi. #cintainfiniti #ainkamalia #mynovelterpakai #novelmurah

msg/wassap 0103032760

Sinopsis :

Dalam fikiran Farhani Idayu ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi.  Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan.

“Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr... Sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. – Umar Azharie

“Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!” – Daniel Iskandar

Backup Cinta dr novelis ...bestseller Ieya Sya. - SOLD OUT -

Harga : RM13 shj

Kau hanya backup bagiku, namun kau juga yg menyedarkan aku, lelaki seperti aku masih juga mampu mencintai.  #novelmurah #mynovelterpakai #backupcinta #ieyasya

msg/wassap 0103032760

Sinopsis :

Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik.

Sales Novel 50% - Playboy Itu Suami Aku, Sayangku Latifah, Seandainya Kau Ada, Setelah Hati Dimiliki, Dapur Wawa, Mimpikan Aku Please

SALES 50%

Playboy Itu Suami Aku - SOLD
Dapur Wawa - SOLD
Sayangku Latifah - Sold
Seandainya Kau Ada - Sold
Setelah Hati Dimilik - Sold
Mimpikan Aku Please - Sold

Novel2 ni baru dan cantik lg.. Offer sempena 31 Ogos. 50% dari harga sebenar 

#novelterpakai#mynovelterpakai #novelmurah #novelsales#playboyitusuamiaku #sayangkulatifah#seandainyakauada #setelahhatidimiliki#dapurwawa #mimpikanakuplease #kakinovel#alaf21 #jemariseni #bukuprima

email : mynovelterpakai@gmail.com
sms/wassap : 0103032760

Novel Sales 50% - Hurt, Nuh, Jejaka Macam Dia, Encik Suamiku Hiipster


SALES 50%
SOLD OUT

#Hurt
Nuh
Jejaka Macam Dia
Encik Suamiku Hipster

Cukup Derita Itu - Siti Rosmizah - SR Publication

Cukup Derita Itu - Siti Rosmizah - SR Publication
 - SOLD OUT -
Preloved Price : RM30 (Harga Asal:RM38.9)
Condition : 9.5/10
Mukasurat : 1070 Halaman

Sinopsis :
Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!


Jangan Jatuh Cinta - Adah Hamidah - Karya Seni

Jangan Jatuh Cinta - Adah Hamidah - Karya Seni 
- SOLD OUT -
Preloved Price : RM22  Condition : 9.5/10
Berminat SMS/Whatsapp : 0103032760

Sinopsis :
Ana Syahidah. Tiba-tiba hidupnya penuh dengan persoalan yang memerlukan formula penyelesaian.
Lelaki yang dicintai = Naim Zulkarnain
“Abang Naim, ingat Ana lagi tak?”
“Ana, budak manja yang selalu menangis tu ke?”
Formula untuk bersatu = Memenangi hati
“Merajuk pun tak guna. Ana tak reti nak pujuk.”
“Memanglah. Masa kecil dulu pun, abang yang selalu pujuk Ana. Ana tak pernah nak pujuk abang.”
Masalah = Bukan pilihan.
“Naim dah nak bertunang hujung bulan ni. Nak tak nak, Ana kena lupakan Naim.”
Lelaki bermasalah psikologi = Muhammad Afdhal
“Sekejap. Nama kau apa?”
“Selena Gomez.”
“Selena Gomez… Erm, pelik, muka kau tak ada pula nampak macam orang putih.”

Tanya Pada Hati - Iman Xara - Jemari Seni

Tanya Pada Hati - Iman Xara - Jemari Seni - RM14
- SOLD OUT -
Sinopsis :

Banyak betul kata orang. 
Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?

Farisya Ibrahim! 
Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini? Apa yang menyukarkan dia memilih? dia bukannya tidak cantik, dia bukannya tidak menarik, dia gadis periang yang sangat disenangi!

Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?
Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?

Dapur Wawa - Ika Madera - Jemari Seni

Dapur Wawa - Ika Madera - Jemari Seni - RM11
- SOLD OUT -
Sinopsis :

Semua orang suruh kahwin dan Wawa tidak pernah peduli. Wawa sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan Kak Pah serahkan padanya fail ‘Encik Abu’.

“Apa ni?” Fail biru dengan kod 100789 terletak di hadapan Wawa.
“Ini fail klien Kak Pah. Cuba Wawa lihat.” Jawab Kak Pah.

Dalam fail itu, tertera biodata bujang trang tang tang ‘Encik Abu’ Abdullah, yang bonda yakin sangat-sangat, secocok dengan Wawa. Haah? Drebar mahu dicalonkan dengan Wawa, pekerja kelas atasan? Hesy, bonda! Tak sesuai langsung!

Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan. Biarpun pada mulanya Wawa menolak, ternyata ‘Encik Abu’ itu jodohnya. Masalahnya, Wawa ni jarang sekali masuk ke dapur! Nanti nak kasi anak lelaki orang tu makan apa?

Maka berpencaklah Wawa di dapur, belajar memasak; belajar mengemudi kehidupan baharu; belajar menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan dalam hidup baharunya.

Untuk Tiga Hari - Ahadiat Akashah (Buku Baru)

Untuk Tiga Hari - Ahadiat Akashah (Buku Baru) - SOLD OUT -
Harga : RM39.90  Harga Offer : RM26.00

Buku baru x bukak plastik lagi 🙂 Nk jual murah je harga asal 39.90 nk jual harga RM26 sekali pos msg/wassap 0103032760 #untuktigahari #ahadiatakashah#mynovelterpakai #novelmurah

Sinopsis :

Lalu Diikat Janji Ini Atas Nama Cinta

Diikutkan juga kehendak famili dan persandingan dijalankan serentak memang sengaja mereka memilih hari, tarikh dan waktu yang sama lalu, di hari persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyeksakan
Betulkah apa yang mereka lakukan ini? menurut kehendak famili masing-masing hanya kerana tak mahu mengecewakan hati dan perasaan mereka. namun, mereka berjanji kahwin untuk tiga hari.

Mereka berjanji untuk meminta cerai… tiga hari selepas hari persandingan.
Namun… tiga malam bersama pasangan masing-masing… telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain.
Dan, apabila tiba hari yang ketiga itu, bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai?

Bulan Berbisik - Samsiah Mohd Nor - Alaf 21

Bulan Berbisik - Samsiah Mohd Nor - Alaf 21 - RM12
Halaman : 512 m/surat - SOLD OUT -

Sinopsis :

BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru..

Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.

Sedetik Asmara - Sarnia Yahya - Fajar Pakeer

Sedetik Asmara - Sarnia Yahya - Fajar Pakeer - RM16 - SOLD OUT -

Blurb:
Kegagalan tidak bermakna hidupnya berakhir.

Perkahwinan yang berlandaskan janji itu tidak dapat dipertahankan meskipun hati Reza dan Amylia mula berputik kasih. Mereka terpaksa akur dengan janji yang telah dipersetujui. Amylia tidak mahu dicop sebagai perampas biarpun perkara itulah yang ingin dia lakukan. Dia cuba membina kehidupan barunya di sebuah daerah asing untuk memadam segala rasa yang telah melukai hatinya. Cuba dipahat bahawa Allah sentiasa ada bersamanya. Tidak mahu terlalu obses dengan cinta yang sia-sia. Biarlah jodoh datang sendiri dan bukan dia yang mencari. Dan benarkah jodoh itu berada di hadapan matanya...?

Nuh - Wawa Taufik


Nuh - Wawa Taufik - SOLD OUT -
Preloved Price : RM29 (Harga Asal : RM37) Condition : 9.5/10

Berminat SMS/Whatsapp : 010-303 2760

BAGI YANG DAH MEMILIKI 'L.U.T.H' JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN 'NUH' PULA.. STORY YANG SWEET DARIPADA CIK WAWA TAUFIK

Sinopsis:

Dia dan Hana mungkin berbeza. Mereka berbeza tingkah juga cara. Namun dia yakin, perbezaan itu hanya akan dapat dirapatkan jurang apabila mereka disatukan. "Saya suka awak...awak suka saya...kita kahwin nak?" Sudikah dia menerima lamaran seselamba itu? Ada ke yang buat kerja macam tu? Tengku Mariam pula bagaimana? Adakah bondanya itu ada rancangan lain untuknya sama seperti yang diatur untuk Luth? Kuatkah dia nak melawan seperti Luth? Payah!
Related Posts with Thumbnails