...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai
Memaparkan catatan dengan label Buku Prima. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Prima. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2016

Designer Abang Cengeh - Mastura Abdullah - Buku Prima

Designer Abang Cengeh - Mastura Abdullah - Buku Prima
Preloved Price : RM20  Condition : 9.5/10
592 pages
Berminat SMS/Whatsapp : 0103032760

- SOLD OUT -

Sinopsis :
Cengeh! Menyakitkan hati! Cerewet! Kaki buli! Oh, bukan! Syed Badiuzzaman pembuli besar!
Itu label paling sesuai untuk Syed Badiuzzaman dari Ainul Mardhiah. Semenjak mengenali Syed Badiuzzaman yang juga merupakan majikannya, hidup Ainul Mardhiah huru-hara. Apa yang Ainul Mardhiah buat semua tidak kena di matanya.
Hakikatnya, Syed Badiuzzaman lahir dari keturunan Syed dan diasuh sedari kecil untuk memakai pakaian yang ditempah khusus daripada tukang jahit sahaja. Sebab itu, dia membesar dengan segala sifat cerewet, memilih dan kurang penyabar. Dek perihal pakaian sahaja, Syed Badiuzzaman terpaksa mengiklankan jawatan Pereka Fesyen Peribadi di saluran akhbar. Dan dalam tidak sedar, Syed Badiuzzaman telah menemuduga seorang pereka fesyen peribadi, merangkap calon isteri. Bolehkah Ainul Mardhiah bertahan dengan Syed Badiuzzaman yang cengeh itu?

Jumaat, 4 September 2015

Diari Cintaku - Eina Afrina - Buku Prima

Diari Cintaku - Eina Afrina - Buku Prima - RM12

Sinopsis : - SOLD -

Bukan keinginan Maizatul menerima Shahril, tapi itulah bukti pengorbanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada Shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Pun begitu, tiada permusuhan, tiada juga rasa benci membelenggu perkahwinan mereka. Mereka lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra. Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluarga masing-masing. Bagi Shahril, terlalu sukar meluah cinta di saat jiwa begitu egoistik. Dan Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.

Rabu, 2 September 2015

Hanya Kau Yang Tahu - Kamsiah Abu - Buku Prima

Hanya Kau Yang Tahu - Kamsiah Abu - Buku Prima - RM13
SOLD OUT
Sinopsis :
Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela melakukan apa sahaja asalkan ayahnya tidak dicampakkan ke dalam penjara oleh majikannya. Daniel Harith seorang tokoh korporat muda, yang kaya raya,dan terkenal dengan imej ‘Romeo’ nya dengan senang hatinya mengambil peluang itu apabila Farah datang merayu padanya supaya melepaskan ayahnya. Dalam sekelip mata kehidupan Farah menjadi huru hara apabila dia terpaksa berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith, sebagaimana yang dirancangkan oleh lelaki itu untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menjadi bertambah parah apabila impiannya untuk membina bahagia bersama Rizal, lelaki yang amat mencintainya menemui jalan buntu angkara tindakan Daniel Harith yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut langsung. Dapatkah Farah terus bertahan dengan derita yang semakin mencengkam hatinya dan dapatkah dia membina bahgia bersama orang yang disayang?

Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah - Buku Prima

Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah - Buku Prima - RM13   SOLD OUT

Sinopsis :
Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.

Seandainya Kau Ada - Kamsiah Abu - RM15

Seandainya Kau Ada - Kamsiah Abu - RM15

Sinopsis :  - SOLD -

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan.

Rabu, 17 Disember 2014

Suamiku Encik Sotong - Syikin Zainal

Suamiku Encik Sotong - Syikin Zainal - RM20 - SOLD OUT


Sinopsis :

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?

Selasa, 27 Mac 2012

Street Vendetta - Mazni Aznita - Buku Prima

Harga : RM15             SOLD

Sinopsis :

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.


Selasa, 17 Ogos 2010

Aku Kan Novelis - Nurul Syahida - Buku Prima

Harga : RM13     
SOLD OUT

Sinopsis:

Menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, Safiah tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.

Khamis, 29 Julai 2010

Seribu Rindu Untukmu - Shahriah Abdullah (Buku Prima)

Halaman : 646
Harga : RM15                              SOLD

Maya seorang wanita berjiwa lembut tetapi tegas di luaran. Tidak pernah sekali pun seumur hidup mengenali apa itu cinta, walaupun cinta monyet! Selama 25 tahun Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu di cari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau teruja untuk mengejar atau belajar apa itu erti cinta.

Seharum Cinta Lestary - Ramlah Rashid (Buku Prima)

Halaman : 612   Harga : RM15         

SOLD OUT

Sinopsis :
Perasaannya terus dibelenggu peristiwa silam. Kenang-kenangan itu bertindak kejam, menjadikannya gadis yg tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki. Melihat Hanan Alaa diperlakukan sehina itu dan sekejam itu, dia menjadi betah hidup sendirian tanpa sekelumit keinginan utk bergnding dgn lelaki, jauh sekali bergantung pd kaum itu - Lestary.

Biar siapapun dia, siapapun tunangnya, yg pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan Lestary sbg gadis pertama dan mgkin juga terakhir. Dia sedar, merampas milik org, boleh dianggam merompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu itu - Dafiezudin.

Rabu, 28 Julai 2010

Bila Hati Berbicara - Antasya Balkis (Buku Prima)

Halaman : 484    Harga : RM14   SOLD

Emir Qasya adalah seorg lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorg selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dgn model dan perempuan cantik.Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan utk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip oleh wartawan setiap masa. gosipnya dgn Babe, seorg model cantik berwajah kacukan menjadi intipan lensa kamera wartawan.Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dgn kedudukannya. dalam masa yg sama, Emir Qasya berjumpa dgn seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorg perempuan yg istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dgn Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya yg paling baik ingin memikat Tania Katsura utk dijadikan teman istimewa.Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.'Dua mata saling bertatapan Tiada kemesraan tetapi mengapa hati berbicara sesuatu yang amat sukar ditafsirkan oleh hati sendiri?'

Hanya Dikau - Ebriza Aminnudin (Buku Prima)

Harga : RM15  SOLD OUT

Peristiwa pahit yang berlaku pada hari pernikahan membuatkan Ira Fashua, wanita yang telah berumur tidak lagi mempercayai lelaki mahupun cinta yang datang bertandang. Dia sanggup hidup sendiri selagi kesangsiannya terhadap lelaki masih melekat kukuh di hati dan jiwanya.Hakikatnya, Ira Fashua seperti wanita lain yang ingin dicintai, dikasihi dan dibelai namun setiap kali dia ingin menyambut salam pecintaan, dia terpaksa menolak setelah bayangan silam datang menerjah di layar matanya.Namun, pertemuan Ira Fashua dengan Erze Zullis telah merubah corak kehidupannya yang lama. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan Erze Zullis ketika menyambut kepulangan sepupu Ira Fashua, Nuradriana Hany di lapangan terbang telah mencetus pertengkaran antara mereka. Pantang bertemu pasti percaturan kata akan terhasil.Kebencian sesama sendiri menular di hati masing-masing sehinggalah pada suatu hari Erze Zullis menyedari bahawa dia mencintai Ira Fashua dalam diam walaupun wanita itu lebih tua daripadanya. Namun begitu, kehadiran Xu Da Feng, usahawan berbangsa Cina-Korea kembali menyuntik rasa cinta di hati Ira Fashua untuk menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya semula.Dapatkah Erze Zullis menagih cintanya dari Ira Fashua dan mengeluarkan Ira Fashua dari dunia kesangsiannya terhadap lelaki? Siapakah lelaki yang telah berjaya mencuri hati Ira Fashua? Erze Zullis atau Xu Da Feng?
Related Posts with Thumbnails