...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai
Memaparkan catatan dengan label Kamsiah Abu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kamsiah Abu. Papar semua catatan

Rabu, 2 September 2015

Hanya Kau Yang Tahu - Kamsiah Abu - Buku Prima

Hanya Kau Yang Tahu - Kamsiah Abu - Buku Prima - RM13
SOLD OUT
Sinopsis :
Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela melakukan apa sahaja asalkan ayahnya tidak dicampakkan ke dalam penjara oleh majikannya. Daniel Harith seorang tokoh korporat muda, yang kaya raya,dan terkenal dengan imej ‘Romeo’ nya dengan senang hatinya mengambil peluang itu apabila Farah datang merayu padanya supaya melepaskan ayahnya. Dalam sekelip mata kehidupan Farah menjadi huru hara apabila dia terpaksa berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith, sebagaimana yang dirancangkan oleh lelaki itu untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menjadi bertambah parah apabila impiannya untuk membina bahagia bersama Rizal, lelaki yang amat mencintainya menemui jalan buntu angkara tindakan Daniel Harith yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut langsung. Dapatkah Farah terus bertahan dengan derita yang semakin mencengkam hatinya dan dapatkah dia membina bahgia bersama orang yang disayang?

Seandainya Kau Ada - Kamsiah Abu - RM15

Seandainya Kau Ada - Kamsiah Abu - RM15

Sinopsis :  - SOLD -

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan.

Jumaat, 20 September 2013

Seindah Takdir Cinta - Kamsiah Abu

Seindah Takdir Cinta - Kamsiah Abu
Harga : RM21 - SOLD OUT -
~656 hlm


Sinopsis :
MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Related Posts with Thumbnails