Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.
Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai
Memaparkan catatan dengan label Norzailina Nordin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norzailina Nordin. Papar semua catatan
Rabu, 16 November 2011
Arjuna Hati - Norzailina Nordin - Alaf21
Harga : RM 11 SOLD OUT
Selasa, 21 Disember 2010
Menanti Kasih - Norzailina Nordin - Alaf21
Harga : RM15 SOLD OUT
Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.
Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...
Sabtu, 18 Disember 2010
Getaran Rindu - Norzailina Nordin - Alaf21
Harga : RM15
SOLD OUT
SOLD OUT
Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.
Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.
Ahad, 8 Ogos 2010
Arca Kasih – Norzailina Nordin (Alaf21)
Harga : RM12 SOLD
Halaman 512
Halaman 512
Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?
Sabtu, 7 Ogos 2010
Sewangi Kasih Konflik Terakhir – Norzailina Nordin (Times Edition)
Harga : RM13 SOLD OUT
Kedatangan Junita ke Pesona I.D. menemukannya dengan Farid, bosnya yang muda dan kacak itu, tetapi tidak disenangi oleh Nik Anura yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farid. Namun Junita tidak gentar bersaing dan akhirnya dapat menawan hati jejaka itu.
Sanggupkah Nik Anura yang licik itu berdiam diri di Sydney dan merelakan Junita bahagia bersama Farid? Bagaimanakah pula reaksi lelaki itu apabila mengetahui Junita rapat dengan Haziq di London?
Konflik menjadi semakin tegang apabila keadaan memaksa Farid mendampingi Zaiton tatkala wanita itu mengalami masalah. Bagaimanakah kesudahan persengeketaan ini? Ada kesudahan yang memeranjatkan dan teka-teki akan terjawab akhirnya.
Rabu, 21 Julai 2010
Cuma Dia - Norzailina Nordin (Alaf21)
Halaman : 503
Cetakan 1 - 2009 Harga : RM14 SOLD
Bertemu Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan dihatinya. Tetapi ada ada rasa curiga pada Dalila, siapakah Iqbal. Jejaka itu terlalu perahsia.
Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah, ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat oleh seorang ayah. Namun Dalila akur, apatah lagi Hilman berperibadi mulia.
Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal muncul semula.
Langgan:
Catatan (Atom)