...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai
Memaparkan catatan dengan label NB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NB. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

Chinta - Norhayati Berahim - NB Kara

Chinta - Norhayati Berahim - NB Kara - RM15 
SOLD OUT

Sinopsis :

Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...

Jumaat, 1 Mac 2013

Viva Sakura - Zuliana Abuas - NB


 Harga Asal    : RM21 (Sem)     RM24 (S/S)     SOLD OUT
 Harga Jualan : RM16.00
 602 m/s

Sinopsis :
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...
Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam



Jumaat, 18 November 2011

Lagu Cinta - Iejay Zakaria (NB)

Harga : RM16     SOLD OUT
Halaman : 604

Sinopsis :

Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.

Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?

Rabu, 18 Ogos 2010

Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 499     Harga : RM16          

SOLD OUT

Kisah gadis yang tabah (Zulfa), difitnah oleh orang yang paling disayangi nya. Dia membawa diri hingga terdampar di Cameron Highlands dan bekerja sebagai pakar botani di salah sebuah ladang milik rakan baik ibunya.

Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 561   Harga : RM16          

SOLD OUT

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa satu ketika dia pasti dihargai.

Kembalikan Cintaku - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 671     Harga : RM18                  - SOLD -

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia memohon untuk merasa sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusai, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya

Jumaat, 13 Ogos 2010

Harum Chempaka - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 683     Harga : RM18                     SOLD

Cinta.
Kadangkala datangnya sekelip mata,
kerapkali hadirnya mengambil masa.
Ketika hatinya merasa cinta,
tidak ada yg sudi menerima.
Ketika hatinya tertutup pada cinta,
cinta itu hadir sehingga menyiksanya.
Chempaka sedar,
benarlah kata orang,
cinta bukan sahaja membuat orang gembira tetapi boleh mati kerananya.

Rabu, 21 Julai 2010

Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 524
Cetakan 2-2005
Harga : RM15                                      SOLD

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya… sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya. Tetapi lelaki bernama Syed abid tidak mengerti. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta dihatinya hanya dia saja yang mengerti

Chinta - Norhayati Berahim (NB)


Halaman : 728
Cetakan 1-Disember 2008
Harga : RM17       SOLD OUT

Sinopsis :

Zahirnya dia lelaki sempurna, ada gaya dan harta. Sedangkan tiada siapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya dengan cinta.
Sampai satu saat Chinta hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.
Related Posts with Thumbnails