...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Jumaat, 20 September 2013

Dia Hanya Untukku - Rozita Abd Wahab - Alaf21

Dia Hanya Untukku - Rozita Abd Wahab - Alaf21  - SOLD OUT -

Harga : RM17
Halaman: ~592
Berat: 450 gram

Sinopsis :
Hidup Alissa sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahkan atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai isteri, hatinya remuk-redam. Antara pasrah dan tidak, dia harus melupakan Ilham, kekasih hati yang sudah mengikat janji untuk membina mahligai cinta.

Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar

Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar
Harga : RM21  - SOLD OUT -

Sinopsis :
JIWANYA mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 

Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul - Kaki Novel

Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul - Kaki Novel  - SOLD OUT -
Harga : RM15

Sinopsis :
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Kekasih Halal - Orkid Edyliyne

Kekasih Halal - Orkid Edyliyne
Harga : RM18     - SOLD -


Sinopsis :
Lutfa Shirin Mawar. Seorang gadis yang gemar mencari konklusi untuk permasalahannya dengan berfikir dan terus berfikir. Dia tahu dia perlu membuang rasa cintanya buat lelaki yang pernah dia tunggu satu masa dulu. Dan, dalam sanggup ataupun tidak, kakinya sudah terikat dengan sebuah pernikahan walaupun baginya terlampau awal untuk dia bergelar seorang isteri.

Seindah Takdir Cinta - Kamsiah Abu

Seindah Takdir Cinta - Kamsiah Abu
Harga : RM21 - SOLD OUT -
~656 hlm


Sinopsis :
MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Khamis, 25 April 2013

Bila Hati Kata Sayang - Marissa - Karya Seni

Bila Hati Kata Sayang - Marissa - Karya Seni
SOLD OUT 

Harga Jual : RM14.00 (buku masih baru)
Sinopsis:

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

Rabu, 3 April 2013

Mencari Cinta - Leeya Myra - Alaf21

Mencari Cinta - Leeya Myra - Alaf21
Harga : RM12 

SOLD OUT
Sinopsis :

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.

Ilham kembali dari Jepun dengan status ''''''''suami orang''''''''. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.

Selasa, 2 April 2013

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah (Buku Baru)

Harga : RM32.90 (BUKU BARU)
1049 m/s

SOLD OUT

Sinopsis :
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Selasa, 26 Mac 2013

Hati Yang Terusik - Nia Azalea - Alaf21


Hati Yang Terusik - Nia Azalea - Alaf21 - 
Harga : RM15
SOLD OUT

Sinopsis :

Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka ditentang oleh Vincent Lee, bapanya.

Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun, Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap mencintai Farhan.Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa berkahwin dengan Raymond.

Seredup Kasihmu - Nia Azalea - Alaf21

Seredup Kasihmu - Nia Azalea - Alaf21
Harga : RM15.00 

SOLD OUT

Sinopsis :
Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.

Isnin, 25 Mac 2013

Seindah Gubahan Kasih - Mina Mahanie - Kaki Novel

Seindah Gubahan Kasih - Mina Mahanie 
-SOLD OUT-

Harga Asal : RM18.00
Harga Jual : RM13.00

Sinopsis :

Lima tahun menghilangkan diri, akhirnya Syirah kembali. Namun, kepulangannya kali ini hanya seketika. Kemalangan ngeri yang telah meragut nyawanya itu telah mendorong Syirin, adik kembarnya untuk mencari Erman, abang ipar yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Dia terpaksa mencari Erman untuk melunaskan hutang yang tertunggak.

Jumaat, 1 Mac 2013

Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni - Alaf21

Harga Asal : RM19.90        SOLD
Harga jualan : RM15.00
544 m/s

Sinopsis :
SUDAH ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Ria Qistina - Bikash Nur Idris - Alaf21

Harga Asal: RM15.00   - SOLD OUT -
Harga Jualan : RM12.00

416 m/s

Sinopsis :
Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Tentang Dhiya - Syud - Jemari Seni

Harga Asal : RM21 - SOLD OUT -
Harga Jualan : RM16

Sinopsis :


Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Aril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan?

Lepas graduate, masing-masing bawa diri.

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa, Azril masih lagi masalah kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Akan Kutunggu - Sania Yasmin - Alaf21

Harga Asal : RM19.90                SOLD
Harga Jualan : RM15.00
525 m/s

Sinopsis :
... AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.
Related Posts with Thumbnails