...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Jumaat, 18 November 2011

Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris (NHF Media)

Harga : RM16   SOLD OUT

'Cinta ibarat berlian yang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya'

Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA - sepenuhnya

Lagu Cinta - Iejay Zakaria (NB)

Harga : RM16     SOLD OUT
Halaman : 604

Sinopsis :

Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.

Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?

Cinta Seindah Madah - Puteri Andalas (Kaki Novel)

Harga : RM19    
Harga Asal : RM24 (buku masih mcm baru)

SOLD OUT

Sinopsis :

Aku mencintai Asmawi... Bagaikan aku memiliki pelangi. Tanpa aku sedari, pelangi mengundang tsunami di hati. Mengenali Reshidi... Rasa kasih menjelma kembali. Digagahi hati... Cuba menafi... kerana Reshidi masih beristeri.

Onak melilit hidupku. Duri menodok hatiku.
Namun kerana kejora hati. 'Atim' amanah Ilahi. Aku bangun menggagahi diri. Tekad di hati. Cahaya akan ku buru dan ku cari. Bukan lagi pelangi atau tsunami...

Rabu, 16 November 2011

Mentafsir Elegi - Robayah Mahmood (CESB)

Halaman : 660    Harga : RM21    - SOLD -

Aku sering impikan zaman kanak-kanak yang telah bertahun-tahun berlalu, usik mengusik, berkongsi hobi dan cerita, menjadikan aku ada kalanya manja padanya. Lalu kami penuhi harapan dan impian silam menyemai benih-benih kasih dengan harapan dan impian silam jua. Aku masih menyayanginya walau antara kami telah melalui kenangan pahit. Dia tetap seorang suami yang ku letakkanya tempatnya dipuncak harapan. Lalu harus bagaimana lagi ku menjadi isteri yang baik, kalau tidak yang terbaik sekalipun!

Megalomania 2 - Fatinilam Sari Ahmad (CESB)

Halaman : 453    SOLD OUT
Harga : RM17

Dia kehilangan tatkala hampir-hampir berdiri di kaki pelamin. Hati siapa yang tidak pilu tunangan hilang pada hari pernikahan? Ke mana dia harus mencari? Berbulan derita rindu terpaksa ditanggung. Namun Noreen Sheila tetap menaruh harapan, suatu hari Andy Farhan akan pulang ke pangkuannya. Ritma rindunya berlalu sepi... saban waktu mengharap Andy Farhan kembali. Namun setelah lelaki itu pulang, Noreen Sheila terperangkap dalam cinta Jasman yang sentiasa sanggup berbuat apa sahaja demi merealisasikan satu dendam.

Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim (CESB)

Halaman : 347
Harga : RM14      

SOLD OUT

Nur Kasih ini adalah buah hatiku yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberiku nyawa - tragedi hitam itu seringkali bertebaran di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan airmata. Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang sekian lama Suria kulupakan. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur kasih kerana Suria percaya ....

Aku Yang Kau Tinggalkan – Hendan Yahya (CESB)

Harga : RM 14    SOLD               

Liyana Asyikin. Gadis yang diburu untuk dicintai... namun akhirnya dikhianati cintanya dengan kejam. Iqmal tidak mampu menolak alunan cinta yang mengepung rasa... di matanya ada cinta yang membara pada gadis istimewa. Menyala kala ditiup bayu asmara... berdegup bersama jalinan rasa yang menggetarkan jiwa. Namun kerana dendam orang tua... Iqmal butakan mata dan pekakkan telinga demi melunaskan hasad yang tidak pernah padam. Maruah seorang gadis akhirnya tergadai... terlerai dari tampuk hati yang suci murni. Apakah kehadiran Fairul dapat menyelamatkan Liyana Asyikin yang terlelong hatinya? Dan tanda yang Iqmal tinggalkan apakah dapat Fairul jaga dengan penuh kasih sayang bersama Liyana Asyikin yang dicintai sepenuh hati?

Indahnya Cinta – Nazifah Halmi (CESB )

Harga : RM13   - SOLD-

Keputusan ini telah aku ambil tanpa menghitung rekahan-rekahan ragu yang menyelirati ruang kepercayaan.  Terlalu banyak perbezaan yang nyata antara kita berdua, sehingga menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit.
Alia ialah gadis tomboy yang dibentuk mengikut keinginan-keinginan yang gagal.  Menolak kehadiran anak perempuan, Alia membesar menjadi kanak-kanak lelaki yang lasak dan buas.  Terpinggir dengan segala keinginan dan kasih sayang.  Alia mula merasai perhatian yang dipinggirkan.  Lalu dengan kekosongan yang tidak terisi, Alia mencari kasih sayang di dalam persahabatan yang songsang.
Bersahabat dengan Si Lembut Mukhlis, Alia rasa betapa tenteramnya.  Namun umpatan sering-sering menusuk rasa bilamana kemusykilan yang bersarang tidak menemui jawapan.  Bersama anjakan usia, Alia dan Mukhlis kembali mencari salasilah diri yang jauh ditinggalkan... kembali menjadi Adam dan Hawa yang diredai.

Kabus Kasih - Eka Fahara (Alaf21)

Halaman : 373     Harga : RM11         SOLD

CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena

Fantasia Romantika – Rio Hermawan (Alaf21)

Harga : RM7           Halaman : 328

Armand, impiannya ibarat angan-angan Mat Jenin. Dengan kapcai buruk yang selalu meragam, Armand sering datang kerja lambat. NAmun, disebalik kekalutannya, Armand seorang pekerja yang jujur. Semua tugas dilakukan tanpa berkira. Dari seorang pekerja am, dia dilantik sebagai pengurus sebuah stesen minyak. 'Eh, datang lambat pun dapat naik pangkat?' Dia sendiri kurang percaya, apa lagi kawan-kawan yang lain. Tapi itulah rezeki namanya.

Sejak jadi pengurus, Armad makin sibuk. Senorita teman wanitanya yang comel, solid dan putih melepak meleleh air mata bila dating terpaksa cancelled. Namun sikap Armad yang pandai memujuk menjadikan gadis itu rindu serindunya. Tapi yang musykilnya, benarkah Armad cintakan Senorita?

Inilah persoalan yang menendang-nendang fikiran Senorita. Armad yang selamba selalu kata suka padanya tapi jadi kelu bila ditanya, 'kapan mahu masuk meminang?' Bukannya dia tak sudi. Tapi cita-citanya untuk menjadi seorang 'boss' belum kesampaian.

'Sayang, kita kahwin bulan 12, tapi... lima tahun lagi boleh?' Itulah janji manis Armad. Dan Senorita terpaksa memujuk hatinya sendiri.

Cinta Hati Kita - H.M. Tuah Iskandar (Alaf21)

Halaman : 500     Harga :  RM15
SOLD OUT

Manis sanggup berkongsi sanggup berkongsi sekeping hati walaupun hatinya sering dilukakan

Sedetik Cinta – Kreisya Reisya (Alaf21)

Harga : RM11

SOLD OUT

Sinopsis :
Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka.
Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya?

Bunga-bunga Kemboja - Aina Emir (KarnaDya)

Halaman : 551
Harga : RM15   - SOLD OUT -

Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.

"Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi"

Arjuna Hati - Norzailina Nordin - Alaf21

Harga : RM 11     SOLD OUT                 

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.

Zahrah De Tigris - Khairyn Othman - Jemari Seni

Harga : RM15          SOLD OUT

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Jumaat, 11 November 2011

Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abd. Wahab - CESB

Harga : RM17   - SOLD OUT

Sinopsis :

Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna dia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua.

Selagi Ada Dia - Aisya Sofea (Alaf21)

Harga : RM15  - SOLD OUT -
Halaman : 512

Sinopsis :

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Rabu, 10 Ogos 2011

Seteguh Kasih Aina Najihah - Dina Najat (Kaki Novel)

Harga : RM14                 

SOLD OUT

Sinopsis :
Aina Najihah membesar di rumah anak yatim. Apabila dewasa, Aina Najihah menyimpan perasaan cinta terhadap Ameer Mulhim, ketua warden di asrama anak Darul Fikriyah.Biarpun sering bertemu , mereka tidak pernah mengungkap perasaan masing-masing. Dalam masa yang sama Aina Najihah berkerja di sebuah hotel yang di tadbir oleh Encik Khairul. Encik Khairul tidak senang dengan Aina Najihah yang merupakan pekerja kesayangan ibunya. Aina Najihah telah dipecat dari jawatan Ketua Pegawai Pemasaran kerana fitnah. Dia bagai jatuh ditimpa tangga apabila Ameer Mulhim bertunang dengan wanita lain. Dalam masa yang sama, Aina Najihah didatangi seorang makcik yang mengaku pernah memelihara Aina Najihah semasa kecil. Makcik itu memulangkan seutas rantai lama kepada Aina Najihah kononnya rantai itu milik ibu Aina Najihah. Sejak dari hari itu, Aina Najihah sering mengalami mimpi yang pelik. Dia sering sakit. Bagaimana Aina Najihah melalui dugaan yang menimpanya?
Pelbagai konflik serta isu percintaan, kemasyarakatan, kerjaya dan misteri yang melanda Aina Najihah Binti Abdul Fattah. Selamat membaca.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kasanova - Meor Shariman

Harga : RM22             SOLD OUT
Halaman : 481

Sinopsis :

Eddie, jejaka kacak dan bergaya, sering menggunakan kemewahannya serta pekerjaan sambilan sbg model utk mendekati gadis2 jelita. Sejarah hidup serta kepahitan cinta menjadikannya seorang yg gemar mempermainkan wanita dan rozana menjadi mangsa terbarunya. Akibatnya Rozana yg telah diragut maruah diri, menyimpan dendam.

Kehadiran Zuraida, gadis cantik dan berbudi pekerti tinggi, merubah hidup Eddie. Keikhlasan hati Zuraida menambat hati Eddie. Zuraida pula jatuh cinta kali pertama dgn Eddie.

Namun kemunculan Rozana, yg ingin melihat Eddie merana, telah berjaya memusnahkan perhubungan Eddie dan Zuraida. Dapatkah Eddie menggunakan segala kepakarannya sebagai seorang Kasanova utk memikat gadis idamannya semula?
Harap-harap sayalah wira cintamu ...

Rabu, 3 Ogos 2011

Lagu Rindu - Ayu Emelda (Alaf21)

Harga : RM13   SOLD
Halaman : 448

Sinopsis :

Aqmal amat mencintai Puteri Adalea tetapi dalam masa yang sama kasihnya sentiasa ditagih oleh Sofea. Gelagat Sofea membuatkan kasih Adalea kepada Aqmal sedikit malap.


Aku takut sebenarnya. Takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang, andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan seluruh jasadku kepadanya.

Perlukah Adalea memberi peluang kedua kepada Aqmal setelah dirinya dipersiakan? Bagaimana Aqmal menangani masalah cintanya terhadap Adalea sedangkan Sofea masih mengharapkannya hingga ke hujung nyawa?

Kasih Dania - Ayu Emelda (Alaf21)

Harga : RM15                SOLD
Halaman  : 508

Sinopsis :

Karya yang sungguh romantik ini tentu membuai perasaan anda apabila watak-watak yang dicipta oleh Ayu Emelda berjaya menghidupkan suasana perjalanan cerita. Dania seorang gadis tomboy diminta untuk bernikah dengan Amir semata-mata untuk menyelamatkan keadaan. Amir tidak mahu terus didesak oleh keluarga untuk berumah tangga.

Perkahwinan mereka atas dasar tolong-menolong itu telah membawa perasaan kasih sayang dalam diri Dania. Namun, tidak bagi Amir. Pada masa yang sama, wujudnya orang ketiga yang membuatkan Amir jatuh cinta.
Bagaimana status perkahwinan Amir dengan Dania bila Maria cuba memenangi hati Amir? Tahukah keluarga Amir yang perkahwinan anak mereka itu hanyalah sementara? Berjayakah Maria berkahwin dengan Amir?

Semuanya terjawab dalam KASIH DANIA.

Jumaat, 29 Julai 2011

Teluki Itu Untuk aku - Nazawati - Jemari Seni

Harga : RM15                 SOLD

Perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti
Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!
Bahtera ini, arah kita tak serupapadamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan
Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

Percayalah - Ruby Hazri - Jemari Seni

Harga : RM16   SOLD OUT

Sinopsis :
Selamilah kehidupan Danial Wolfgang dan Nur Atiqah di Stuttgart melalui gaya penceritaan Ruby Hazri yang tersendiri....

Stuttgart... di situ mereka ditemukan; pada saat putih salji yang jatuh menjadi saksi dan rasa yang bertunas tersimpan dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel masih belum berhenti berguguran? Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga? Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa itu. Duka lara tiba lebih dahulu sebelum segalanya terjadi. Mampukah badai meleraikan pautan hati yang seteguh gunung salju itu? Mungkinkah, kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

Percayalah Akhirnya - Ruby Hazri (JS)

Harga : RM17    SOLD

Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.  Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil

Rabu, 27 April 2011

Pergilah Sepi - Fauziah Ashari - Alaf21

Harga : RM9    Halaman : 323   SOLD

Sinopsis :

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.


Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka

Masih Setia - Aisya Sofea - Alaf21

Harga : RM16               SOLD

Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!


Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?
Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

Sambutlah Cintaku - Bikash Nur Idris - Alaf21

Harga : RM8   Halaman : 296      SOLD

Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.
Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.
Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.
Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

Selasa, 12 April 2011

Bila Dah Suka - Mimie Afinie - KarnaDya

Harga : RM15            SOLD OUT

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?...

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.
‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.
MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...

Ku Damba Bahagia - Dhiya Zafira - Alaf21

Harga : RM13   SOLD

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir... buatnya.
Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.
Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik perdi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

Selasa, 29 Mac 2011

Tak Seindah Mimpi - Sharifah Abu Salem - Alaf21

Harga : RM17   SOLD OUT

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Tak Semanis Impian - Sharifah Abu Salem - Alaf21

Harga : RM15   SOLD OUT

NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”
NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
Related Posts with Thumbnails