...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Selasa, 24 Julai 2012

Kasih Seharum Lavender - Eita Ashyta

Harga : RM14    

SOLD OUT

Sinopsis :
“Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar..”

Pada satu detik itu, dia mewah dengan kasih sayang. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?

Rabu, 28 Mac 2012

Novel 'SOLD'

Salam...

Ramai yang bertanya  'ada lagi tak'  pada buku-buku yang berstatus SOLD.  Senarai buku-buku dalam blog ni semua adalah koleksi daripada bacaan saya sendiri, so semuanya hanya ada satu je, kalau dah saya letak status SOLD pada buku tu... maksudnya saya dah jual so memang dah tak de stok lain.  Kalau nak tau senarai buku yang available.... hanya pergi ke menu AVAILABLE .  Harap maklum ya.....

Selasa, 27 Mac 2012

Buatmu Kekasih - Aisya Sofea - Alaf21

Harga : RM15   SOLD

Sinopsis :

Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik
sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta
oleh Aisya Sofea.

Entah Bila Bersemi (Auni Amauni) - FP

Harga : RM15     - SOLD OUT -
Sinopsis :
Faris dan Nazifa, dua insan yang berbeza pada sikap walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga yang berada. Takdir telah menentukan mereka belajar di universiti yang sama dan Faris telah jatuh cinta saat pertama kali terpandang Nazifa. Namun, Nazifa telah mempunyai kekasih hati iaitu Saiful.

Obsesi Faris terhadap Nazifa begitu menggunung sehingga dia sanggup membutakan hatinya. Rancangan jahat diatur dengan begitu sempurna tanpa memikirkan perasaan Nazifa.
“Love? What do you know about love? Kalau kau tahu apa itu cinta, kau tak akan paksa aku. Kau takkan buat apa yang aku tak suka.”

Gelora - Ma Lee chuswan - Kaki Novel

Harga : RM13   

SOLD OUT

Sinopsis :

Mila menyesal. Tetapi segalanya telah terlambat. Lelaki itu sedar siapa dirinya…pastinya dia pergi membawa hatinya yang luka. Dan luka itu sudah terlalu parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tidak akan sembuh untuk selamanya.

Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu tidak pernah menunjukkan kebencian…itulah sat-satunya lelaki yang menyintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh…dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi…

Sayangku Merajuk (Ayu Emelda) - Alaf21

Harga : RM16   SOLD

Sinopsis :
BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?
Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Aku dia & .com - Daisy Zahra - Kaki Novel

Harga : RM16  

SOLD OUT

Sinopsis :
Kerana minat berchatting, Angelberry yang menuntut di UiTM Sungai Petani berkenalan degan lelaki yg menggunakan nickname Takuya. Masing-masing saling berhubung melalui e-mel sehinggalah pada suatu hari, Angelberry mendapat tahu Takuya sedang menjalinkan hubungan dengan Fazura, iaitu kawan baiknya sendiri.

Angelberry reda menerima keadaan tersebut tetapi yang membuatkan dia tidak berpuas hati, kenapa Takuya kacau dia lagi? Nak ambil berat? Takkan dua2 pun Si Takuya nak rembat? Malas untuk melayan, muncul pula An-nur dan Yutaka di alam maya yang mencuri perhatian Angelberry.
Dan di UiTM, kehadiran Luqman bagaikan penawar di saat Mohamad Hakimi mula berpaling kepada yg lain.

Street Vendetta - Mazni Aznita - Buku Prima

Harga : RM15             SOLD

Sinopsis :

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.


Related Posts with Thumbnails