...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Jumaat, 18 November 2011

Atas Nama Cinta - Bikash Nur Idris (NHF Media)

Harga : RM16   SOLD OUT

'Cinta ibarat berlian yang mempunyai benih faset. Jernih atau kabur cahayanya bergantung kepada penggosoknya'

Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA - sepenuhnya

Lagu Cinta - Iejay Zakaria (NB)

Harga : RM16     SOLD OUT
Halaman : 604

Sinopsis :

Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.

Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?

Cinta Seindah Madah - Puteri Andalas (Kaki Novel)

Harga : RM19    
Harga Asal : RM24 (buku masih mcm baru)

SOLD OUT

Sinopsis :

Aku mencintai Asmawi... Bagaikan aku memiliki pelangi. Tanpa aku sedari, pelangi mengundang tsunami di hati. Mengenali Reshidi... Rasa kasih menjelma kembali. Digagahi hati... Cuba menafi... kerana Reshidi masih beristeri.

Onak melilit hidupku. Duri menodok hatiku.
Namun kerana kejora hati. 'Atim' amanah Ilahi. Aku bangun menggagahi diri. Tekad di hati. Cahaya akan ku buru dan ku cari. Bukan lagi pelangi atau tsunami...

Rabu, 16 November 2011

Mentafsir Elegi - Robayah Mahmood (CESB)

Halaman : 660    Harga : RM21    - SOLD -

Aku sering impikan zaman kanak-kanak yang telah bertahun-tahun berlalu, usik mengusik, berkongsi hobi dan cerita, menjadikan aku ada kalanya manja padanya. Lalu kami penuhi harapan dan impian silam menyemai benih-benih kasih dengan harapan dan impian silam jua. Aku masih menyayanginya walau antara kami telah melalui kenangan pahit. Dia tetap seorang suami yang ku letakkanya tempatnya dipuncak harapan. Lalu harus bagaimana lagi ku menjadi isteri yang baik, kalau tidak yang terbaik sekalipun!

Megalomania 2 - Fatinilam Sari Ahmad (CESB)

Halaman : 453    SOLD OUT
Harga : RM17

Dia kehilangan tatkala hampir-hampir berdiri di kaki pelamin. Hati siapa yang tidak pilu tunangan hilang pada hari pernikahan? Ke mana dia harus mencari? Berbulan derita rindu terpaksa ditanggung. Namun Noreen Sheila tetap menaruh harapan, suatu hari Andy Farhan akan pulang ke pangkuannya. Ritma rindunya berlalu sepi... saban waktu mengharap Andy Farhan kembali. Namun setelah lelaki itu pulang, Noreen Sheila terperangkap dalam cinta Jasman yang sentiasa sanggup berbuat apa sahaja demi merealisasikan satu dendam.

Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim (CESB)

Halaman : 347
Harga : RM14      

SOLD OUT

Nur Kasih ini adalah buah hatiku yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberiku nyawa - tragedi hitam itu seringkali bertebaran di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan airmata. Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang sekian lama Suria kulupakan. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur kasih kerana Suria percaya ....

Aku Yang Kau Tinggalkan – Hendan Yahya (CESB)

Harga : RM 14    SOLD               

Liyana Asyikin. Gadis yang diburu untuk dicintai... namun akhirnya dikhianati cintanya dengan kejam. Iqmal tidak mampu menolak alunan cinta yang mengepung rasa... di matanya ada cinta yang membara pada gadis istimewa. Menyala kala ditiup bayu asmara... berdegup bersama jalinan rasa yang menggetarkan jiwa. Namun kerana dendam orang tua... Iqmal butakan mata dan pekakkan telinga demi melunaskan hasad yang tidak pernah padam. Maruah seorang gadis akhirnya tergadai... terlerai dari tampuk hati yang suci murni. Apakah kehadiran Fairul dapat menyelamatkan Liyana Asyikin yang terlelong hatinya? Dan tanda yang Iqmal tinggalkan apakah dapat Fairul jaga dengan penuh kasih sayang bersama Liyana Asyikin yang dicintai sepenuh hati?

Indahnya Cinta – Nazifah Halmi (CESB )

Harga : RM13   - SOLD-

Keputusan ini telah aku ambil tanpa menghitung rekahan-rekahan ragu yang menyelirati ruang kepercayaan.  Terlalu banyak perbezaan yang nyata antara kita berdua, sehingga menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit.
Alia ialah gadis tomboy yang dibentuk mengikut keinginan-keinginan yang gagal.  Menolak kehadiran anak perempuan, Alia membesar menjadi kanak-kanak lelaki yang lasak dan buas.  Terpinggir dengan segala keinginan dan kasih sayang.  Alia mula merasai perhatian yang dipinggirkan.  Lalu dengan kekosongan yang tidak terisi, Alia mencari kasih sayang di dalam persahabatan yang songsang.
Bersahabat dengan Si Lembut Mukhlis, Alia rasa betapa tenteramnya.  Namun umpatan sering-sering menusuk rasa bilamana kemusykilan yang bersarang tidak menemui jawapan.  Bersama anjakan usia, Alia dan Mukhlis kembali mencari salasilah diri yang jauh ditinggalkan... kembali menjadi Adam dan Hawa yang diredai.

Kabus Kasih - Eka Fahara (Alaf21)

Halaman : 373     Harga : RM11         SOLD

CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena

Fantasia Romantika – Rio Hermawan (Alaf21)

Harga : RM7           Halaman : 328

Armand, impiannya ibarat angan-angan Mat Jenin. Dengan kapcai buruk yang selalu meragam, Armand sering datang kerja lambat. NAmun, disebalik kekalutannya, Armand seorang pekerja yang jujur. Semua tugas dilakukan tanpa berkira. Dari seorang pekerja am, dia dilantik sebagai pengurus sebuah stesen minyak. 'Eh, datang lambat pun dapat naik pangkat?' Dia sendiri kurang percaya, apa lagi kawan-kawan yang lain. Tapi itulah rezeki namanya.

Sejak jadi pengurus, Armad makin sibuk. Senorita teman wanitanya yang comel, solid dan putih melepak meleleh air mata bila dating terpaksa cancelled. Namun sikap Armad yang pandai memujuk menjadikan gadis itu rindu serindunya. Tapi yang musykilnya, benarkah Armad cintakan Senorita?

Inilah persoalan yang menendang-nendang fikiran Senorita. Armad yang selamba selalu kata suka padanya tapi jadi kelu bila ditanya, 'kapan mahu masuk meminang?' Bukannya dia tak sudi. Tapi cita-citanya untuk menjadi seorang 'boss' belum kesampaian.

'Sayang, kita kahwin bulan 12, tapi... lima tahun lagi boleh?' Itulah janji manis Armad. Dan Senorita terpaksa memujuk hatinya sendiri.

Cinta Hati Kita - H.M. Tuah Iskandar (Alaf21)

Halaman : 500     Harga :  RM15
SOLD OUT

Manis sanggup berkongsi sanggup berkongsi sekeping hati walaupun hatinya sering dilukakan

Sedetik Cinta – Kreisya Reisya (Alaf21)

Harga : RM11

SOLD OUT

Sinopsis :
Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka.
Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya?

Bunga-bunga Kemboja - Aina Emir (KarnaDya)

Halaman : 551
Harga : RM15   - SOLD OUT -

Kekecewaan kerana gagal cinta pertama membawa Nabil ke negara Kemboja. Niatnya adalah untuk berjihad. Namun, di sana, dia bertemu dengan sesuatu yang mengubah hidupnya. Dalam begitu, dia keliru bila tiba-tiba tersepit antara cinta lama dan perasaan sayang yang mula menjelma.

"Cinta itu adalah rasa yang harus diberi dan dikongsi"

Arjuna Hati - Norzailina Nordin - Alaf21

Harga : RM 11     SOLD OUT                 

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.

Zahrah De Tigris - Khairyn Othman - Jemari Seni

Harga : RM15          SOLD OUT

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Jumaat, 11 November 2011

Bahagia Itu Miliknya - Rozita Abd. Wahab - CESB

Harga : RM17   - SOLD OUT

Sinopsis :

Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna dia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua.

Selagi Ada Dia - Aisya Sofea (Alaf21)

Harga : RM15  - SOLD OUT -
Halaman : 512

Sinopsis :

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Related Posts with Thumbnails