...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Isnin, 9 Mei 2016

Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah! - Hannah Ezaty - Penulisan2u

Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah! - Hannah Ezaty - Penulisan2u  
SOLD OUT

Preloved Price : RM27 (Harga Asal : RM33)
Condition : 9.5/10

Sinopsis :

NADINE TASYRIF… Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba.

Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang.

Cik Ayris Congeniality - Aisya Rihanna - Intensmart

Cik Ayris Congeniality - Aisya Rihanna - Intensmart    - SOLD OUT -
Preloved Price : RM22  Condition : 9.5/10
Berminat SMS/Whatsapp : 0103032760

Sinopsis :
AYRIS, Lana dan Wardah…tiga sahabat yang akrab sejak zaman belajar. Apa sahaja masalah teman-teman, Ayris pasti menjadi orang pertama yang menghulur bantuan sehingga digelar Miss Congeniality. NAMUN, pemergian Lana benar-benar buat Ayris menangisi diri sendiri… Amer, suami arwah Lana mengharapkannya…
“Ris, kalau you tak bahagia... I akan menyesal seumur hidup I dan untuk apa perkahwinan kita ni kalau begitu caranya? I merayu pada you, bagilah I peluang sayang you. Jaga you. I berjanji tak akan ambil kesempatan terhadap you,” pujuk Amer.
“I sayangkan Ayra. Farhan tinggalkan I. Daddy simpati pada you. I terpaksa terima you!” Ayris mula menangis.
“I benci you sangat! Sebab you, Farhan tinggalkan I.”

Cik Calla Lily dan Encik Bos - Airisz - Karya Seni

Cik Calla Lily dan Encik Bos - Airisz - Karya Seni   
Preloved Price : RM18

- SOLD OUT -

Sinopsis :

AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.

“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”
“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”
“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”
“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”
“Fast and Furious!”

Encik Suamiku Hipster - Hazel Jay - Penulisan2u

Encik Suamiku Hipster - Hazel Jay - Penulisan2u
Preloved Price : RM18  Condition : 9.5/10

- SOLD OUT -

Sinopsis :
Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.

“Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”
~ Hania

Designer Abang Cengeh - Mastura Abdullah - Buku Prima

Designer Abang Cengeh - Mastura Abdullah - Buku Prima
Preloved Price : RM20  Condition : 9.5/10
592 pages
Berminat SMS/Whatsapp : 0103032760

- SOLD OUT -

Sinopsis :
Cengeh! Menyakitkan hati! Cerewet! Kaki buli! Oh, bukan! Syed Badiuzzaman pembuli besar!
Itu label paling sesuai untuk Syed Badiuzzaman dari Ainul Mardhiah. Semenjak mengenali Syed Badiuzzaman yang juga merupakan majikannya, hidup Ainul Mardhiah huru-hara. Apa yang Ainul Mardhiah buat semua tidak kena di matanya.
Hakikatnya, Syed Badiuzzaman lahir dari keturunan Syed dan diasuh sedari kecil untuk memakai pakaian yang ditempah khusus daripada tukang jahit sahaja. Sebab itu, dia membesar dengan segala sifat cerewet, memilih dan kurang penyabar. Dek perihal pakaian sahaja, Syed Badiuzzaman terpaksa mengiklankan jawatan Pereka Fesyen Peribadi di saluran akhbar. Dan dalam tidak sedar, Syed Badiuzzaman telah menemuduga seorang pereka fesyen peribadi, merangkap calon isteri. Bolehkah Ainul Mardhiah bertahan dengan Syed Badiuzzaman yang cengeh itu?

Dia Putera Mahkota - Cahaya Ain - Fajar Pakeer

Dia Putera Mahkota - Cahaya Ain - Fajar Pakeer
Preloved Price : RM20  Condition : 9.5/10
Berminat SMS/Whatsapp : 0103032760

- SOLD OUT -

Sinopsis :
“Awak ni serius sangatlah. Macam nak angkat sumpah untuk ditabalkan sebagai sultan Indera Mahkota pulak.” “Kalau betul saya jadi sultan Indera Mahkota, awak nak tak jadi permaisurinya?” “Awak jadi putera mahkota dulu, baru saya fikirkan.” Pertemuan tanpa sengaja antara Dahlia Sophia dan Shah aka Tengku Shah Putra di Kota Paris telah mengubah hidup mereka. Dahlia ke Paris setelah kematian tunang tercinta manakala Tengku Shah Putra pula ‘lari’ ke Paris kerana rimas dengan desakan bondanya tentang bakal permaisuri Kerajaan Indera Mahkota. Di Paris, Tengku Shah Putra yang menyamar sebagai rakyat biasa mula menyedari yang dia sudah jatuh cinta kepada Dahlia, gadis misteri yang dia temui di kota Paris. Namun, hati Tengku Shah Putra hancur berkecai apabila Dahlia mengaku yang dia tunangan orang.
Related Posts with Thumbnails