...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Rabu, 25 Ogos 2010

Pesona Rindu - Sharifah Abu Salem (Alaf21)

Harga : RM14        SOLD OUT

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.
Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri. Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula.

Rabu, 18 Ogos 2010

Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 499     Harga : RM16          

SOLD OUT

Kisah gadis yang tabah (Zulfa), difitnah oleh orang yang paling disayangi nya. Dia membawa diri hingga terdampar di Cameron Highlands dan bekerja sebagai pakar botani di salah sebuah ladang milik rakan baik ibunya.

Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 561   Harga : RM16          

SOLD OUT

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa satu ketika dia pasti dihargai.

Terima Kasih Kekasih - Norhayati Berahim (NZD)

Halaman : 805    Harga : RM18               SOLD

Alangkah payahnya mencari bahagia. Susahnya juga membina gembira. Sangkanya setia Imlan tidak kering biarpun mentari memancar. Rupanya hilang bila bulan menunjukkan rupa. Lelaki itu berubah kasih. Berubah arah. Meninggalkan Amna termangu-mangu mengait memori semalam. Dan sesungguhnya Amna khilaf.

Saat bunga tidak lagi mewangi, kumbang tidak lagi memperduli Amna dianugerahkan cinta sejati.

Kembalikan Cintaku - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 671     Harga : RM18                  - SOLD -

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia memohon untuk merasa sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusai, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya

Selasa, 17 Ogos 2010

Untuk Tiga Hari- Ahadiat Akashah (Ghostwriter)

Halaman : 483     Harga : RM16                
SOLD OUT
Lalu diikat janji atas nama cinta. Diikutkan juga kehendak family dan persandingan dijalankan serentak. Memang sengaja mereka memilih hari, tarikh dan waktu yang sama lalu, dihari persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyesakan. Betulkah apa yang mereka lakukan ini? Menurut kehendak family masing-masing hanya kerana tak mahu mengecilkan hati dan perasaan mereka. Namun, mereka berjanji kawin hanya untuk tiga hari. Mereka berjanji untuk meminta cerai… tiga hari selepas hari persandingan. Namu … tiga malam bersama pasangan masing-masing… telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain. Dan, apabila tiga hari ketiga itu, bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai ?

Bila Cinta Itu Jadi Milikku - Nor Erny Othman (Roket Kertas)

Halaman : 735    Harga : RM16           SOLD

Kalau itulah yang dapat diandaikan cinta ini, alangkah rapuhnya cinta. Bertahun disulam cinta, semenjak kecil sayangnya tak ke mana, sedangkan lelaki yang sebenarnya cinta ada di depan mata…tetapi kerana cinta, mata menjadi buta.Apabila kekasih menodai cibnta yanga ada

hanya duka. Begitulah kisahnya yang banyak terjadi diluar sana sebagaimana kisah ini yang berdendang air mata….

Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya (Jemari Seni)

Harga : RM16      SOLD

Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya.

Hidup adalah suatu perjalanan waktu!

Setulus Hati - Rozita Abd. Wahab (Alaf21)

Halaman : 480     Cetakan 1-2008      Harga : RM13         SOLD

Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat disenangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?

Gelora Jiwa - Aisya Sofea (Alaf 21)

Harga : RM13             SOLD

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.
Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!
Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?
Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

Aku Kan Novelis - Nurul Syahida - Buku Prima

Harga : RM13     
SOLD OUT

Sinopsis:

Menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, Safiah tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.

Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan (CESB)

Harga : RM24          SOLD

Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar saja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula?

Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina...

Bila Hati Berbisik - Rehal Nuharis (Fajar Pakeer)

Halaman : 575
Harga : RM16                            SOLD

Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara

 
 

Rahsia Hati Sofia - Nazurah Aishah (JS)

Harga : RM16     SOLD
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?

Mencintaimu - Nass Alina Noah (CESB)

Harga : RM26      SOLD

Jodoh yang diatur keluarga begitu mengecewakan Camelia (baby darling), tapi percutian bersama tunangnya Benji yang teramat pendiam membuka hatinya untuk mencintai lelaki itu. Perkahwinan mereka sungguh membahagiakannya, tapi sayang... terlalu banyak rahsia yang ingin diketahuinya.

Camelia, seorang gadis pembela hak wanita yang begitu ego, berjanji untuk tidak akan 'mengambil' suami orang, akhirnya terpaksa menelan janji-janjinya. Benci pada Benji yang membisu, di saat-saat dia perlu mendengar suara lelaki itu, menambah kalut. Akhirnya dia terpaksa akur pada keadaan. Setelah berkorban begitu banyak, dia pergi membawa rajuk, tapi akhirnya dia kembali semula....

Jumaat, 13 Ogos 2010

Harum Chempaka - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 683     Harga : RM18                     SOLD

Cinta.
Kadangkala datangnya sekelip mata,
kerapkali hadirnya mengambil masa.
Ketika hatinya merasa cinta,
tidak ada yg sudi menerima.
Ketika hatinya tertutup pada cinta,
cinta itu hadir sehingga menyiksanya.
Chempaka sedar,
benarlah kata orang,
cinta bukan sahaja membuat orang gembira tetapi boleh mati kerananya.

Pst... Gossip! (Romeo VS Juliet 4) - Nass Alina Noah (CESB)

Halaman : 482    Harga : RM17        SOLD

“So… kau berdua ni adalah spesies…” Jelita mula mengangkat tangan di atas kepalanya. “U ak uk ak…” dia menepuk-nepuk tangan seperti orang utan. Kemudia menggaru dadanya seperti monyet.
“Er… jangan buat bising, ya? Sila kembali ke tempat asal awak sekarang” tegur pustakawan yang mengawasi mereka sejak tadi.
Jaywai dan Romeo sedaya mungkin cuba menahan ketawa. Mereka dapat melihat wajah Jelita merah padam menahan marah, sedangkan matanya meliar dengan dahi berkerut.

Bomb... Bombastic (Romeo VS Juliet 3) - Nass Alina Noah (CESB)

Halaman : 456    Harga : RM16     SOLD

"Err... ada apa-apa yang tak kena dengan aku ke, Jail?"  soal Jaywai sambil memerhati keadaan dirinya.  Perkara pertama yang dilakukan adalah melihat zip seluarnya, terbuka atau tidak.  Sempurna. Tidak ada apa-apa yang tidak kena dengannya.  "Tak payahlah kau tengok zip kau tu, Jaywai..."  "Jail?"  "Kau zip ke, tak zip ke, tak ada maknyanya bagi aku,"  Jelita tetap menyerang walaupun Jaywai sudah tidak cukup leher untuk menggeleng.

Khamis, 12 Ogos 2010

Egois - Norhayati Berahim (Alaf21)

Harga : RM8    SOLD

ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Tetapi bagi Atia, sbg seorang perempuan dia tidak mahu mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sbg kekasih atau sekadar sahabat.
Lain pula dgn Fikri. dia sememangnya menyintai Atia ttp sengaja hdk menguji gadis itu. dia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang. Atia walaupun tidak mengaKu sebenarnya dia menyintai Fikri berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.
Fikri menjadi kelam kabut apabila mendapat tahu Atia hendak berhenti kerja. Dia cuba menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Oleh kerana tidak mempunyai cara lain, Fikri terpaksa membuat pelan yg agak keterlaluan utk menjelaskan segalanya kpd Atia sblm gadis kesayangannya itu terlepas jauh. Dgn bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja lain, Fikri menculik Atia.

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan... Selamat Berpuasa

Yang Sebenarnya - Aisya Sofea (Alaf21)

Harga : RM15   SOLD

TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Ahad, 8 Ogos 2010

Seindah Warna Pelangi – Yusrul Emiza Yusof (CESB)

Harga : RM18   Halaman : 486     SOLD

Hati seorang Zahrul Azuan terluka bila isteri sendiri berlaku curang di depan mata. Namun yang lebih menyakitkan apabila saingannya bukan orang lain tetapi adik Hani Maisarah sendiri. kerana terlalu menyayangi, dia lebih rela menerima gelaran 'dayus' daripada berpisah dengan isteri kesayangan.  Kerana ingin membalas rasa sakit hati, Nur Indah diambil sebagai isteri. Nur Indah yang baik dan sabar dengan segala kerenahnya tidak pernah dihargai malah sering dilukai dan dinista. Kasih sayang terhadap Hani Maisarah tidak pernah pudar di hati. Zahrul Azuan tahu dia mengumpul dosa dengan membenarkan kemungkaran di dalam rumah sendiri, namun rasa sayang terhadap isteri telah mengambus sendiri rasa bersalah itu apatah lagi bila dia sendiri tidak pernah tahu arah kiblat.

Rindu Asmaraku - Nuriani Johaini (Fajar Pakeer)

Harga : RM18   Halaman : 694  SOLD

Intan Izati dan Nazif dipertemukan tanpa dirancang. Namun setiap pertemuan mereka sering diwarnai persengketan dan pertelingkahan. Apatah lagi keduanya bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Kebencian dan kemarahan tidak pernah ada surutnya.
Dalam marah, benci dan dendam, Nazif tidak menyedari ada cinta mula berputik di ruang hati buat Intan Izati. Rindu dan sayang mula menyatu di hati Nazif. Namun di saat angan bahagia mengetuk pintu hati, satu tragedi menimpa.
Tanpa momen indah kita dipertemukan. Mengenalimu merupakan nostalgia pahit dan terindah buatku – Nazif

Lafazkan Cintamu – Aida Adriani (Alaf21)

Harga : RM14    Halaman : 512   SOLD

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!
Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

Kuala Lumpur Di mana Suamiku – Sri Diah (Alaf21)

Harga : RM13   Halaman : 544           SOLD OUT

Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Natasya pernah bertanya pada diri sendiri tentang harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan seorang suami. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril – lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.
Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa hati pada lelaki yang bukan suami? Menderhakakah dia, jika dalam kesepian, dia menyambut salam Baha yang baik dan penyayang? Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah. Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya sampai bila segalanya akan ada penyudah...

Hauri Hatiku – Faeshumi (NSCR )

Harga : RM14    Halaman : 481

SOLD OUT

Cinta adalah murni, hadirnya tanpa diduga.  Perginya pula tanpa dipinta.  Usahlah diingkari perasaan yang satu ini.  Nur Aisyah Wafiah gadis yang keras hatinya, menafikann rasa cinta yang menjenguk ke dalam hatinya.  Saat Kamarul Ariff menagih rindu, dia pergi tanpa pamitan.  Mereka bertemu kali kedua, dalam situasi yang berbeza.  Aisyah akur, lalu menghulur salam cinta Kamarul.  Namu sebagai insan biasa, Kamarul rebah atas nama nafsu, menghentam trauma dalam diri Aisyah.  Musuhnya hanya satu, lelaki yang pernah dicintainya.  Gara-gara dendam, Aisyah meletakkan nilai maruahnya jika kasihnya ingin dimiliki.  Kamarul menurut demi cinta.  Bahagiakah perkahwi nan Aisyah dan Kamarul ?

Dendam Pencinta – Ann Aishah – PTS Litera

Harga : RM19     Halaman : 592  SOLD OUT

Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.

Biar Rindu Berlalu – Sharifah Abu Salem (Alaf21)

Harga : RM15   Halaman : 588      SOLD OUT

Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.

Arca Kasih – Norzailina Nordin (Alaf21)

Harga : RM12    SOLD

Halaman 512

Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?

Air Mata Cinta - Rabiatul Adawiyah (Kaki Novel)

Harga : RM14
Halaman : 395                   

SOLD OUT

Novel "Air Mata Cinta" mengisahkan Sapura yang terasa dirinya tertipu oleh suaminya, Badrul setelah Badrul berkahwin lain dalam diam-diam. Dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat, Sapura mengambil keputusan melarikan diri. Dia menyembunyikan rahsia kehamilannya daripada pengetahuan Badrul. Konflik bermula apabila Badrul dipenjarakan atas kesalahan rasuah dan Sapura menuntut cerai setelah anaknya besar.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sewangi Kasih Konflik Terakhir – Norzailina Nordin (Times Edition)

Harga : RM13     SOLD OUT

Kedatangan Junita ke Pesona I.D. menemukannya dengan Farid, bosnya yang muda dan kacak itu, tetapi tidak disenangi oleh Nik Anura yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farid. Namun Junita tidak gentar bersaing dan akhirnya dapat menawan hati jejaka itu.
Sanggupkah Nik Anura yang licik itu berdiam diri di Sydney dan merelakan Junita bahagia bersama Farid? Bagaimanakah pula reaksi lelaki itu apabila mengetahui Junita rapat dengan Haziq di London?
Konflik menjadi semakin tegang apabila keadaan memaksa Farid mendampingi Zaiton tatkala wanita itu mengalami masalah. Bagaimanakah kesudahan persengeketaan ini? Ada kesudahan yang memeranjatkan dan teka-teki akan terjawab akhirnya.

Ratu Hatiku – Azlini Hassan (CESB)

Harga : RM14             SOLD

Tidak mudah untuk aku lemparkan kisah silam ini. Kerana di dalamnya ada cerita sedih yang menyentuh perasaan. Rasa kesal yang bukan sedikit... yang tidak pernah surut-surut malah terus membukit. Namun untuk menebusnya, aku rasa berdosa kerana terpaksa merampas dirimu daripada lelaki lain. Lelaki yang selama ini aku sangkakan tidak menyimpan perasaan padamu. Lelaki yang telah aku luahkan seluruh perasaan tentang cinta dan impianku untuk hidup bersamamu. Sedangkan aku tidak sedar sebenarnya... impian dan cintaku telah menghancurlumatkan hatinya. Kekasih... biarlah aku undur diri demi memberi peluang untuk kau mengecap bahagia bersama kekasih yang kau puja... kekasih yang kau sayang, yang terlebih dahulu mencurahkan rasa cintanya padamu. Jangan ada rasa bersalah padaku... kerana aku ikhlas melepaskan apa yang aku sayang demi sebuah pengorbanan.

Mewarna Pelangi – Lili Rozita (Ghoswritter)

Harga : RM16     Halaman : 605
SOLD
Ketika ikatan pertunangan dijalin bersama Izham, Suhana merasakan bagi merentasi pelangi.  Hanya untuk mengetahui ia kekal untuk seminggu sahaja.  Akibat salah sangka, ia terputus tanpa sempat menjelaskan segalanya.  Apatah lagi ibu Izham sejak dari mula tak merestuinya.  Terlantarlah hati seorang perempuan ke dalam kawah kekecewaan selama lima tahun.  Ketika cinta akan sampai ke penghujung, ia diperkenalkan kepada abang tiri kekasihnya itu yang rupanya adalah bekas tunangnya dahulu.  Bagaimana agaknya untuk dirinya yang kerdir ini mewarnakan pelangi agar dapat mencerahkan lelangit hatinya yang kian pudar ....

Kembalikan Kasihku – Nazawati Abd. Manaf (CESB)

Harga : RM18      Halaman : 507   
           
SOLD OUT

Sinopsis:
Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji-janji kita yang belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames... aku ingin ulanginya dalam bulan madu kita. Namun entah di mana silapnya... hujan panas menenggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta... kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktahkan rasa rindu yang saban hadir memanyungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dalam kanah resah yang tidak sudah. Amirul Taufiq... aku akur bila ada gadis lain jatuh cinta padamu.

Kasihku Disini – Roff Izyanti (CESB)

Harga : RM14           SOLD

Kasih itu telah lama dihatinya sejak terpandangkan gadis itu.  Gadis yang menjadi pelajarnya.  Malangnya kasih itu tidak bersambut malah dia  dihamburkan dengan kata-kata jelik dan menggores dalam luka hatinya hingga menerbitkan sebungkal semangat yang kental.  Kerana kata-kata penghinaan itulah dia kini dipandang tinggi oleh masyarakat dan digalai oleh ramai wanita.

Namun gadis seorang itu .. hatinya tetap tetap ibarat ais di kutub.  Biar dipahat bagaimana sekalipun ia tetap tidak cair.  Gadis itu begitu dingin dengannya.  Apakah tiada ruang langsung dihati gadis itu untuknya ? Dan dia sendiri .... apakah ruang malu itu tidak bernama lagi apakala menghadapi gadis pujaan hatinya?  Sanggupkah dia membiarkan dirinya serendah itu hanya untuk memiliki hati gadis beku seperti Nur Saza itu ?

Diusik Sayang – Siti Zabeha Ibrahim (CESB)

Harga : RM19     Halaman : 582    SOLD

Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian… membina harapan yang muluk-muluk…bercanda bersama-sama angan-angan yang membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yang teristimewa. Hanya untuk kau dan aku.
Kita berdua selamanya…Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahin untuk digandingkan bersama, untuk dijadikan permaisuri hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, ‘penderaan mental’nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yang dahulunya pernah berdarah.

Diasak saban waktu dengan kerenah-kerenah yang melemaskan, cemburu yang tidak masuk dek akal… Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin pula kian bungkam dan gerah berhadapan dengan konfrontasi yang tidak pernah sudah. Kerana merasa kasih insan terbuang…
Farahin meminggir bersama rajuk yang panjang. Dan rasa cinta ini, Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dengan harapan akan diarak pulang cintanya yang satu ini.

Cinta Kepala Batu – Ayu Emelda (Alaf21)

Harga : RM15       Halaman : 521   SOLD

PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.
Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.
Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.
Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...

Belaian Jiwa – Eka Fahara (Alaf21)

Harga : RM15    SOLD

Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran.
Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu.
Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu.
Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?

Khamis, 5 Ogos 2010

Cenderawasih - Fatinilam Sari Ahmad (CESB)

Harga : RM16          SOLD


Jika kau inginkan kesucian itu sebagai bukti cintaku padamu...aku telah lamma tidak memilikinya. Telah lama hancur, telah lama lebur ditelan musim-musim duka. Aku juga tak ingin mengenangnya...ada serpih-serpih luka yang membekam, lalu mengalirlah darah hitam membukat, menjadikan aku ada waktu-waktunya hilang, tenggelam dalam lautan perasaan yang tidak kesudahan. Aku yang wujud hari ini, adalah aku yang seadanya...Aku yang banyak kekurangan daripada kelebihan. aku yang pada waktu-waktu tertentu, sendirian tidak berteman.

Saat Cinta Bersemi - Damya Hanna (Alaf21)

Halaman : 496     Harga :  RM14    SOLD 

BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.
Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.
Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

Isnin, 2 Ogos 2010

Malam ini Kita Semua Menangis.. - Ahadiat Akashah & Nor Erny Othman (Ghostwriter)

Halaman : 609       Harga : RM17
SOLD OUT

Bohonglah kalau lelaki tidak pernah menangis. Bukan mudah untuk membinanya, antara Dewi dan Johan tercipta sebuah jambatan cinta terus ke hati. Dan berjanjilah mereka sehidup semati. Tak sesekali menoda cinta. Pernahkah mereka terfikir takdir Tuhan yang menentukan segala ! Johan bertemu Sari, teman sepermainan waktu kecil dulu, dan diperkenankan pula oleh ibunya yang tercinta tanpa mengetahui Johan dah punyai pilihan hati. Salah sendiri kerana sekian lama merahsianya! Nak berterus terang takut mengecilkan hati ibu sendiri.

Cahaya Hidupku- Ahadiat Akashah (Ghostwriter)

Halaman : 506       Harga : RM15
SOLD OUT

Mereka berkahwin atas dasar cinta… terpisah atas dasar kasih sayang. Kerana memenuhi permintaan mendiang ibunya… Nurhayati membayar harga sebuah perceraian. Dibenci ibu mertua hanya kerana dia mualaf, tetapi Nur Aidil Fitri memungkinkan untuk dia kembali.

Kerana sekeping coklat… dia menempuhi pelbagai kegilaan. Keluar mulut buaya, masuk mulut rimau. Kerana sekeping hati dia korbankan apa saja.

Sepohon mangga yang manis, menjadi punca dua jiran bersengketa, isinya yang ranum bersari tak mampu mendamaikan dua lelaki. Hakikatnya adakah benar kerana sepohon mangga yang enak ini… ataupun sesuatu yang dipendam menjadi dendam ?

Rumah Sewa - Ruhani Mat Darin (Ghostwriter)

Halaman : 480
Harga : RM13

SOLD OUT

Garis-garis Dejavu - John Norafizan (Jemari Seni)

Halaman : 636
Harga : RM17

SOLD OUT
 
 

Kasih Yang Satu - Hanny Esandra (Fajar Pakeer)

 Halaman : 576
 Harga : RM16
 SOLD OUT



Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni (Alaf21)

Harga : RM 15



SOLD

Persis Sebutir Pasir - Manjlara (Jemari Seni)

Harga : RM 17



SOLD

Luka Seribu Rindu - Sazlina Sulaiman (CESB)

Halaman : 595   
Harga : RM19                        SOLD

Mengapa diri dijadikan bahan sengketa? Mengapa kisah silam diungkit kembali untuk mengeruhkan suasana? Tidak disangka kasih sayang yang lama terbina, rupa-rupanya bersulamkan hasad dan dendam... menghamparkan sengsara yang tidak berkesudahan. Bukan mudah merawat hati yang luka. Kesannya tiada, namun sesekali denyutannya masih menyula rasa. Tuhan, berilah daku kekuatan untuk menghadapi segalanya.Hadirkanlah cinta untuk mengubati kembali luka hati yang hampir bernanah ini...

Hatiku Milikmu - Zaharah Muhammad (CESB)

Halaman : 525     Harga : RM17    SOLD OUT

Isteriku, Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini... Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku... mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah... kini engkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya.

Gerimis Dihati - Sharifah Abu Salem (Alaf21)

Halaman : 395 Harga : RM11 SOLD OUT

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. 
Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka. Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas. 
Related Posts with Thumbnails