...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Khamis, 30 Disember 2010

Seandainya Terluka - Zalina Ariffin - NSCR

Harga : RM10                 SOLD OUT

Keputusan Khairul Hasbi mengabaikan Kamila dan kandungannya adalah kesilapan yg paling besar dlm hidupnya.  Karmila telah ditimpa kemalangan dan koma.  Pada masa yg sama Khairul Hasbi telah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Nur Syaqira Adrina.  Marissa pula adalah gadis yg paling memahami dan menjadi tempatnya meluahkan masalah.  Akhirnya Nur Syaqira Adrina nekad memutuskan hubungan mereka apabila mendapat tahu sikap sebenar Khairul Hasbi.  Nasibnya malang bila ditipu kawan karibnya sehingga dijual kepada Datuk  Badrul yg mengalami sakit mental.  Namun begitu dia berjaya diselamatkan oleh Inspektor Azam Danial yang akhirnya jatuh hati kpdnya.  Kemunculan Khairul Hasbi yg kembali menagih cinta membingungkan Nur Syaqira.  Pertemuan yg tidak disangka dgn Marissa yg belum berkahwin bersama seorang anak kecil bernama atika menimbulkan tanda tanya.  Siapakah Atika yg memanggil Marissa dengan panggilan ibu? dan apakah kata hati Nur Syaqira di dalam mencari erti cinta sejati ?

Selasa, 28 Disember 2010

Kuutus Rindu - Intan Arnida (Alaf21)

Harga : RM13    SOLD

KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina. Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan. Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna! Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan! Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi? Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!

Selasa, 21 Disember 2010

Janjiku Bersamamu - Aleya Aneesa - Alaf21

Harga : RM15   SOLD

Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya. Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana. Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam. Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

Sentuhan Cinta - Haiza Najwa - Alaf21

Harga : RM13           SOLD

Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.
Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.
Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?

Menanti Kasih - Norzailina Nordin - Alaf21

Harga : RM15     SOLD OUT

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.
Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...

Isnin, 20 Disember 2010

Cinta...Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari (Intens Media)

Harga : RM17           SOLD

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.
Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.
Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca

Hadirnya Cinta - Pitteriah Abdullah - Alaf21

Harga : RM11            

SOLD OUT

Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.

Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dgn Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.

Sukma Rindu - Fariza Zuliana - Alaf21

Harga : RM10   SOLD

Pertemuan Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan.
Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari-hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti.
Cabaran datang menduga, Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan di tangan Dianza, ada segala jawapannya.

Lagu Cinta Buatmu - Qaseh Qaisara - Fajar Pakeer

Harga : RM15                 SOLD OUT

Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu.
Anis terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ apabila terpaksa menjadi pengganti pegantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.
Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. Sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.
Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina.
Berjayakan Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?

Ahad, 19 Disember 2010

Kisah Kasih - Kreisya Reisya - Alaf21

Harga : RM9                 SOLD OUT

Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search Of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya.
Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamaran itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri.
Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.
Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya?
Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta.

Indahnya Kasih - Kreisya Reisya - Alaf21

Harga : RM11       SOLD OUT           

Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seseorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu penuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.
Detik masa pun berlalu...
Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati, menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Sabtu, 18 Disember 2010

Getaran Rindu - Norzailina Nordin - Alaf21

Harga : RM15                              
SOLD OUT

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.
Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.

Jumaat, 17 Disember 2010

Gerimis Rindu - Meen Zulaikha (Alaf21)

Harga : RM15       SOLD OUT

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.
Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.
Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi.
Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

Khamis, 16 Disember 2010

... Dan Mimpipun Bersatu - Izza Aripin (Kaki Novel)

Harga : RM16               

SOLD OUT

"Ku cari...Cinta yang tak pernah melukai...Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati.."
Seorang srikandi cinta dan seorang putera dipertemukan di Bentara lantas memahat satu episod perjalanan yang penuh liku dan ranjau.

Sifat manusia yang rakus dengan keduniaan, yang tamak kuasa, yang dahagakan kemewahan melarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. Dan, akhirnya mimpi pun bersatu."

Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir (Alaf21)

Harga : RM15               
SOLD OUT

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

Damai Kasihku - Iris Ixora (Alaf21)

Harga : RM13                
SOLD OUT

SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.
Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...
Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.
Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.

Bayu Asmara - Ilani Mysara (Alaf21)

Harga : RM13           
SOLD OUT

Kisah yang benar-benar menyentuh perasaan anda ini mampu menjadi iktibar dalam hidup anda. Puteri Bayu Irnan merupakan bekas pelumba haram di luar negara telah insaf apabila muncul bayangan lelaki yang cuba menyelamatkan nyawanya daripada kemalangan. Sejak itu dia mencari siapa lelaki itu hingga membawanya pulang ke Malaysia. 

Mimpi-mimpi yang sering dialaminya itu menjelma dan mengganggu hidupnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Shah Asmara. Akhirnya pertemuan mereka diakhiri dengan perkahwinan. Inilah orang yang dicarinya selama ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian. Bayu terima kadaq dan kadar TUHAN. Shah Asmara pergi buat selama-lamanya.

Apa yang sering merunsingkan Bayu, mimpinya datang kembali. Wajah lelaki itu datang mengganggunya. Siapa pula dia? Pencarian Bayu masih belum berakhir. Bayu perlu mencarinya. Di manakah pula dia harus mencari lelaki itu? Dapatkah Bayu bertemu dengannya?

Rabu, 15 Disember 2010

Hanya Kita Berdua - Aina Emir - KarnaDya

Harga : RM15             SOLD OUT

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.

Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?

Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.

Selasa, 14 Disember 2010

Duri - Fauziah Ashari - Intens Media

Harga : RM16           SOLD

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan. DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistik. Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara? Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?

Aura Cinta - Aina Emir - KarnaDya

Harga : RM15   SOLD OUT

Aura Cinta menemukan anda kepada Azraai, lelaki melayu yang bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dengan sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja??

Aisya Hanan dan Cikgu Sally... mencabar jiwanya yang selama ini dirasakan aman dan tenteram. Dalam kekeliruan, Azraai tidak mampu untuk menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis itu sudah lama taat menantinya. Di manakah ketaknya nilai kasih sayang seorang gadis matang, berjiwa murni, sopan santun dan berakhlak tinggi?? Bukankah dia mempunyai pakej lengkap sebagai calon isteri??

Rabu, 8 Disember 2010

Rela Ku Menanti - Damya Hanna - Alaf21

Harga : RM15      SOLD

Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.
Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.
Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

Ternya Cinta - Damya Hanna - Alaf21

Harga : RM15            SOLD
Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!
ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

Selasa, 30 November 2010

Cinta Tak Berdusta - Fateen Najwa - Fajar Pakeer

Harga : RM19    Halaman : 775
SOLD OUT
Tragedi yang berlaku bukan satu kemalangan, tetapi dirancang. Sepuluh tahun dia kehilangan kenangan masa lalu. Dia terseksa hidup tanpa kenangan, tanpa keluarga tercinta. Kehadiran Amalina bagaikan dewi cinta, mengubah hidup Leo.
Dari sebuah desa terpencil, di kaki Gunung Ais, lelaki ini datang ke kota. Mencari dirinya yang hilang, mencari cinta sejati. Dia kaget dengan kisah yang terbongkar. Dia anak hartawan, namun mengapa dihina dan dicerca ayah kekasihnya sendiri?
Mampukah cinta Amalina terus dalam dakapan apabila ada yang cuba merebut? Bolehkah cintanya menyatakan kebenaran, tanpa dusta?

Isnin, 29 November 2010

Bahtera Kasih - Liza Zahira - Alaf21

Harga : RM15                 SOLD OUT

Carra Lina suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.
Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan daripada keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.
Kini, pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina?
Bagaimana Carra Lina menangani masalahnya. Jika Ichlas datang untuk merebut cinta Carra Lina, adakah dia menerimanya? Tidakkah Ryan cuba memenangi hati Carra Lina dan menjadi seorang lelaki yang terbaik kepada gadis itu?

Cinta Datang Lagi - Bikash Nur Idris - Alaf21

Harga : RM13     SOLD

CINTA bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri. Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masingmasing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

Dengan Nama Cinta & Nur Kasih - Bikash Nur Idris - Fajar Paker

Harga : RM15  - SOLD

Dengan Nama Cinta


Ada waktu, setia saja tidak cukup tanpa percaya. Dan, percaya itu dah lama hilang daripada hati Sirna. Namun, bijaknya seorang Hasif, percaya kepada cinta dan lelaki itu sendiri, mahu menerpa. Haruskah peluang itu diberi? Ada waktu pula, hati tidak pernah faham bagaimana untuk padamkan cinta. Akal membilang, namun hati menegah. Begitulah hati Aiza apabil acinta lalu menyapa, Izam kembali semula meminta ruang yang sedia untuknya. Bolehkah ruang itu diberi? Dan, waktu lain pula, cinta tidak hanya boleh berdiam. Harus ada lafaz, harus ada ucap. Itulah mahu Haryani, daripada abang angkatnya sendiri. Dia sudah lelah melafaz, dia sudah penat mengucap. Kini, giliran Fitri. Mampukah lafaz dan ucap itu diberi?
Nur Kasih

Kalau diberi pilihan antara dendam dan rindu, Arin akan memilih dendam. Kerana dendam itu membuatkan dia ada sebab untuk mendekati lelaki itu namun rindu bakal memaksa dia berlari jauh. Kerana rindu buat lelaki itu bukan layak hatinya. Hanya rindu Aryanie layak di hati Fairul. Benarkah begitu?

Jumaat, 26 November 2010

Mahligai Impian - Azian Zahra - NHF Media

Harga : RM14        SOLD OUT                 

Segalanya berlaku tanpa pernah diduga.  Bermula drp sengketa setelah insiden berlanggar bahu, Kamarul terus dimusuhi Velina setiap waktu.  Kamarul sebelumnya terlalu dingin dengan setiap wanita, kerap pula dijejaki oleh Rohana rakan sekuliah Velina.  Kamarul tetap membisu.

Takdir mengikat Kamarul-Velina menyebabkan zarul kekasih Velina tersingkir.  Perkahwinan terdesak dua remaja turut direstui Datuk Baharum, bapa Velina.  Perkahwinan yang mencipta perang dingin, walau sebumbung tapi tak sehaluan itu terus menguji kesabaran Kamarul biarpun kehadirannya disenangi oleh keluaarga Velina.  Dengan cabaran menghadapi kuliah dan masa yang sama diasak kerenah isteri, dia tetap tabah memberi perhatian sepenuhnya pada si isteri.

Khamis, 25 November 2010

Bukan Cinta Biasa - Izzul Izzati - Kaki Novel

Harga : RM14  

SOLD OUT

Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap. 

Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa. 

Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati. 

Wajah Kekasih - Norjuliana Mohd Noor - CESB

Harga : RM14  - SOLD OUT

Bukan aku sengaja biarkan asmara kita terpadam. Suami, bukan kau yang aku sayangi selama ini?lalu aku rela bila bulan madu kita bertukar gerhana.

Hatta Hanafi, aku rela tatkala kau melamar aku untuk menjadi suri hidupmu. Jodoh kita barangkali ?dahulu kau pergi kala aku bakal bergelar isteri. Bertahun kau bawa rajukmu yang panjang ke bumi orang?dan demi sebuah cinta yang terluka, kau tega kuburkan namaku disana, di bawah timbunan salji yang membeku. Bertahun kau biarkannya begitu?sedang aku tak tahu?walau sesekali bukan tidak muncul namamu mencuri fantasiku. Kau sangka aku telah bahagia?walau sebenar kau tidak tahu aku disini menderita kala ijab kabulku menjadi tragedy duka?dan kau terus tidak tahu bila aku tercari-cari dirimu. Lalu aku berprasangka, kau tentunya telah bahagia?masa tentu bias merubah segalanya.

Bayangan Rindu - Anis Ayuni - Alaf21

Harga : RM15    Halaman : 576              SOLD

Rasa aneh,tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andainya Iddya;cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya,ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurah resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. Umar Aisy: penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada.

Isnin, 15 November 2010

Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim - Alaf21

Harga : RM15             SOLD OUT

Dia dilahirkan diluar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki.

Sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapa diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

Rabu, 10 November 2010

5 Tahun 5 Bulan - Hlovate - Jemari Seni

Harga : RM15                 SOLD

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....
Kata Ana: Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.
Kata hati Along: Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.
Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?
Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.

Selasa, 9 November 2010

Zahrah De Tigris - Khairyn Othman - Jemari Seni

Harga : RM15 

SOLD OUT

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Khamis, 14 Oktober 2010

Bunga Syurga - Anita Aruszi - Kaki Novel

Harga : RM18          

SOLD OUT

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.

Impian Kasih - Liza Zahira - Alaf21

Harga : RM11  Halaman : 368   SOLD OUT

SAKITNYA... bila cinta dikhianati. Justeru itu, Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran kasih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi.
Mulut menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa. Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia.
Ketika asyik menyulam rindu, muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakalanya Joo Eun pasrah. Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa menjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.
Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak!
Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasih yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya Hazita akur, cinta itu sebagai rahmat dan nikmat. Dalam pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa.....

Sejujur Hatimu - Umi Azrini - Alaf21

Harga : RM14   Halaman : 496       SOLD OUT

Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.
Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.
Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya?

Atas Nama Cinta - Lily Suriani - Alaf21

Harga : RM14   Halaman : 476         SOLD OUT            

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.
Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Suratan Kasih - Durrah Fatiha - Alaf21

Harga : RM15   Halaman : 512                     SOLD

Novel yang mengisahkan lelaki muda menyukai janda yang sudah mempunyai anak ini pasti mencuit hati anda bila membacanya. Nurul Hanisah dalam dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya.


Namun, anak-anak Nurul Hanisah pula tidak mengharapkan lelaki lain dalam hidup mama mereka, terutama lelaki yang muda. Familia adalah penentang dalam hubungan mereka. Namun, perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorang wanita yang selama ini mencurah sepenuh kasih sayang kepadanya.

Rabu, 13 Oktober 2010

Tarikh Luput Cinta - Lynn Dayana - Alaf21

Harga : RM 15  Halaman : 512      SOLD OUT

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.
Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.
Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.
Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?
Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!

Sungguh Aku Cinta - Anis Ayuni - Alaf 21

Harga : RM15   Halaman : 512            SOLD

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Terbanglah Sayang - Aina Emir (KarnaDya)

Halaman : 568  Harga : RM18    SOLD OUT

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Seindah Memori - Ilani Mysara - Alaf21

Harga : RM 12  Halaman : 416    
SOLD OUT

Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan Aku cinta padamu mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat! Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?

Ahad, 3 Oktober 2010

Tag Raya dari Shida

Terima kasih kepada Shida di atas kesudian berikan saya Tag Raya ni...  Sorry Shida lambat publish... bukan tak sudi, tapi sekarangni busy skit dengan keja... nak update blog pun x sempat lagi.. ramai yg dah tertanya-tanya senarai novel baru...

Sebagai penghargaan kepada sahabat blogku Shida hehe.... , sy cuba jugaklah jawab soalan2 yang dah disediakan tu.... kepada yang sy tag pun (x tau siapa lagi) jawab jugaklah soalan ni nanti ya ?

1. Kalau balik raye rumah sapekah yang anda akan balik?
Tahun ni balik raya rumah husband kat kedah.. hehe tapi tak leh lama... raya ke tiga dah balik ke Rawang.

2. Juadah apekah yang dihidangkan pada hari pertama Raya anda?
Macam-macam ada ... lemang + rendang tu dah mesti, Sup Tulang (Gear Box.. hehe) kemestian di hari raya rumah mertua....

3. Pakaian anda dipagi raye?    Baju Kurung... kena pakai sopan rumah mertua ... hehe

4. Anda pergi sembahyang raye tak?   Insyaallah...

5. Masa salam dan mohon maaf dgn mak ayah, ape yg anda cakap?
Mintak maaf.. dgn mintak halalkan makan minum

6. Brape byk duit raye yg anda selalu dapat?   Mana dapat dah......

7. Ape tema baju raye korang tahun ni?  Colour Pink... hehe. boleh gitu....

8. Ape perkara yg korang suke mase hari raye?    Makan-makan

9. Siapa insan yg anda ingin mintak maaf sgt? Kenape?
Husband..Mak...... Mak &Pak Mertua... Kenapa ? Mestilah ... mrk mesti diutamakan dulu

10. Klu nk RAYA AWARD'S, kenelah tag kawan2 kamu juge..senaraikan
Adeh sape nak ku senaraikan ya... ok kepada sape yang sudi

Dengan ini juga saya akan tag :

1. Shida Anwar
2. saL.adyZa
3. Salmia
4. Ziera

TQ semua....

Isnin, 27 September 2010

Lili Buat Najah - Nazurah Aishah (JS)

Harga : RM16         SOLD

telah kau tunai seribu janji

satu kau mungkiri… hidup bersamaku…

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Rabu, 1 September 2010

Cemburu Seorang Perempuan - Siti Haneza Abdul Hamid (CESB)

Cemburu Seorang Perempuan
(Siti Haneza Abdul Hamid)
Harga :  RM14                  SOLD

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yg kedua itu penuh reda sepertimu. Isteri, di wajahmu ada syurga, yg di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu. Namun yg sesekali itu aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasing sayang kita ada sempadan yg memisahkan, hingga ruang2 intim antara kita, aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yg bagaimana? selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku? Suami yg seringkali gagal meletakkan keadilan di dalam rumahtangga. Isteri, melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yg dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yg gagal...

Rooftop Rant - Hlovate (JS)

Harga : RM16    SOLD

Mereka berbicara di atas bumbung. Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari! Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa. Tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas
 

Tanya Pada Hati - Iman Xara (JS)

Harga : RM15   SOLD

Kata orang jodoh pun kena dicari...

kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...

Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?

Rabu, 25 Ogos 2010

Pesona Rindu - Sharifah Abu Salem (Alaf21)

Harga : RM14        SOLD OUT

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.
Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri. Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula.

Rabu, 18 Ogos 2010

Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 499     Harga : RM16          

SOLD OUT

Kisah gadis yang tabah (Zulfa), difitnah oleh orang yang paling disayangi nya. Dia membawa diri hingga terdampar di Cameron Highlands dan bekerja sebagai pakar botani di salah sebuah ladang milik rakan baik ibunya.

Tiada Batasan Sayang - Norhayati Berahim (NB)

Halaman : 561   Harga : RM16          

SOLD OUT

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa satu ketika dia pasti dihargai.
Related Posts with Thumbnails