...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) PM/Wassap : 0103032760. Instagram : mynovelterpakai

Isnin, 23 Disember 2013

Doktor Cinta (Dyadila), Bukan Isteri Sempurna (Tulip Ungu), Isteri Separuh Masa (Suri Ryana), Kahwin Ganti (Aifa Batrisya)


DOKTOR CINTA - RM21 - SOLD
BUKAN ISTERI SEMPURNA - RM17 - SOLD

Cara Mudah Utk Order :
SMS / WHATSAPP  KE 019 345 3649

ISTERI SEPARUH MASA - RM18 - SOLD
KAHWIN GANTI - RM17 - SOLD

BUKU2 SEMUA BARU LAGI

Ahad, 22 Disember 2013

Jumaat, 20 Disember 2013

Rimbunan Kasih - Saffiya Azaham -

Harga Asal : RM19.90
Harga Jualan : RM15

Sinopsis:
Ejekan anak angkat telah menjadikan medan iri hati di kalangan ahli keluarga hingga memaksa dia mengharungi liku kehidupan bersendirian. sangkannya, kehadiran cinta pertama di pusat pengajian tinggi berjaya menghindari dirinya daripada sifat tamak haloba keluarga namun sayangnya, dia tersasar. perkahwinan yang dibina atas dasar cinta punah dalam sekelip mata angkara hasutan dan fitnah. dia pasrah. demi adik-adik,dia rela pula membiarkan dirinya berada dalam cengkaman maarof lantaran suaminya kian jauh. hidup assya tambah berkemelut. dia terkapai-kapai mencari. dia terkial-kial untuk bangun. namun mampukah secebis kemuliaan keluarga bekas mentuanya memberi sinar kebahagiaan? mampukah keutuhan cinta sulaim melembutkan hatinya yang kerap diguris sebelum ini sedangkan bekas suaminya itu sentiasa didampingi gadis lain yang silih berganti. demi sebuah kehidupan yang dirimbuni kasih, assya terus berusaha meniti takdir.... ikutilah nukilan pertama saffiya azaham juga suntingan pertama untuk tatapan pembaca sekalian.

Kasih Bersulam Cinta - Rozita Abd. Wahab - Alaf21

Harga : RM14  - SOLD OUT
448 m/s

Sinopsis :
Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Tanpamu Disisi - Puteri Andalas - Kaki Novel

Tanpamu Disisi - Puteri Andalas - SOLD OUT
Harga Asal : RM18.00
Harga Jual : RM13.00
Sinopsis :
Maafkan aku Harry....ini saja ikhtiar terakhirku untuk mengelak dari bertemu ahli keluargamu. Aku perlu belajar menjauhkan diri darimu sebelum aku benar-benar ditinggalkan pergi satu hari nanti....


Semakin aku cuba melupakan Harry, semakin jauh aku membawa diri, semakin dekat dia mengekori....
Harry....kosongnya dunia ini tanpamu di sisi. Benarkah Harry ? Kau juga rindu padaku sekarang ini?
Tak salah lagi...memang kau yang membuatkan hidupku lebih bererti selama ini. Namun, dapatkah kau aku miliki...selepas terbongkarnya rahsia diri ? Perpisahankah yang bakal terjadi antara dua hati....aku dan Harry ?

Seindah Pelangi Cinta - Mina Mahanie (BMM)

Seindah Pelangi Cinta - Mina Mahanie (BMM)
Harga : RM15  - SOLD OUT


Buku ni confirm.. mmg x de jual mana2 dah. Merupakan penulisan novel ke dua oleh Mina Mahanie.

Buku cantik lg.. :)



Sinopsis :

Semenjak suaminya meninggal dunia, Datin Ilia Durrani melalui hari-hari mendatang yg suram sbg seorang wanita korporat. Sepi ada dunianya. Cuba ditukar kesunyian itu dengan kesibukan kerjaya. Untuk kesekian waktu, itulah dunianya. Dia memiliki segalanya pangkat, kuasa dan kemewahan.

Dekat Di Hati - Eyman Hykal - Alaf21

Dekat Di Hati - Eyman Hykal - Alaf21
Harga : RM13 - SOLD OUT -

Sinopsis :

TUJUH belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga. 

Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa - Alaf21

Kasih Antara Kita - Aleya Aneesa - Alaf21
SOLD OUT
Harga : RM15
Halaman: ~528
Berat: 500 gram


Sinopsis :
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. 

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

Sutera Kasih - Sirhan Ansari - Alaf21

Sutera Kasih - Sirhan Ansari - Alaf21
Harga : RM12

Sinopsis :

Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?

Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!

Related Posts with Thumbnails