Kasih itu telah lama dihatinya sejak terpandangkan gadis itu. Gadis yang menjadi pelajarnya. Malangnya kasih itu tidak bersambut malah dia dihamburkan dengan kata-kata jelik dan menggores dalam luka hatinya hingga menerbitkan sebungkal semangat yang kental. Kerana kata-kata penghinaan itulah dia kini dipandang tinggi oleh masyarakat dan digalai oleh ramai wanita.
Namun gadis seorang itu .. hatinya tetap tetap ibarat ais di kutub. Biar dipahat bagaimana sekalipun ia tetap tidak cair. Gadis itu begitu dingin dengannya. Apakah tiada ruang langsung dihati gadis itu untuknya ? Dan dia sendiri .... apakah ruang malu itu tidak bernama lagi apakala menghadapi gadis pujaan hatinya? Sanggupkah dia membiarkan dirinya serendah itu hanya untuk memiliki hati gadis beku seperti Nur Saza itu ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan