Sinopsis :
Kerana gagal bertunang sebanyak tujuh kali membuatkan Azlin tidak dapat menerima Rizal yang jauh lebih muda berbanding usianya. Dia lebih suka memilih untuk hidup menyendiri. Lebih senang dengan urusan kerja seharian dan sekadar ingin tumpang bahagia dengan kebahagiaan adiknya, Azlan, yang baru berumah tangga.
“I tahu, you lebih dulu makan kicap tapi nak panggil you kakak… macam malamlah. Tak banyak manalah, tukar terbalik tetap 33 tahun tapi I 92 tahun. Sebab I ni mengamalkan keceriaan selalu, maka I nampaklah 29 tahun.”
Itu kata Rizal apabila Azlin membangkitkan kebiadaban lelaki itu yang tidak menggelarnya kakak. Dan Rizal tetap tidak berputus asa untuk menambat hati Azlin. Sampaikan dengan selamba pula dia jadi ‘isteri’ terjun kepada lelaki itu. Mereka cerita, memanglah Rizal hebat. Yang tersepit, sah-sahlah Azlin. Dia tak suka, Rizal nak juga dan Azlan sokong sentiasa!
“Kenapa? Ada masalah apa?”
“Tak, pak cik. Masalah kecil aje… Isteri saya ni mengidam nak makan pokok padi tu ha. Dia terliur nak makan anak padi hijau segar tu, macam sayur kucai katanya.” Rizal mulalah mereka-reka cerita.
Yamamoto-san, kekasih lama Azlin juga cuba memikat Azlin kembali. Begitu juga Cikgu Azli yang telah berpisah dengan isterinya, datang mencari Azlin kembali. Namun, peristiwa hitam yang berlaku terhadapnya menyebabkan Azlin mengasingkan diri ke sebuah desa terpencil. Pelbagai kesukaran telah dilalui ketika bersendirian di desa lamanya itu. Mampukah Azlin bertahan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan