...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Isnin, 10 November 2014

Home »,»Cik Blur dan Encik Ikhlas - Airisz

Cik Blur dan Encik Ikhlas - Airisz

Cik Blur dan Encik Ikhlas - Airisz
- 481 m/s - RM15 
SOLD OUT

Sinopsis :

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?” – Encik Ikhlas
“ Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” – Kasih Khalisha


Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi... tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?


Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter dihadapanku?

“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau taka da, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails