...:... HOME ....:.... AVAILABLE ....:.... SOLD ....:....

Follower

Jual Novel Baru dan Terpakai (Condition : 9/10) Instagram : mynovelterpakai

Jumaat, 28 November 2014

Home »»Meh Sandar Pada Aku - Aifa Batrisya - RM18 My Dear Mr. Dimple - Aifa Batrisya - RM18

Meh Sandar Pada Aku - Aifa Batrisya - RM18 My Dear Mr. Dimple - Aifa Batrisya - RM18

Meh Sandar Pada Aku - Aifa Batrisya - RM18 - SOLD OUT
My Dear Mr. Dimple - Aifa Batrisya - RM18 - SOLD OUT


Sinopsis Meh Sandarkan Pada Aku! :

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak. 


Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
-------------------------------------------------------------------

Sinopsis My Dear Mr. Dimple :

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails